Tiba sahaja bulan Ramadhan setiap tahun, bagai sudah menjadi kewajipan untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang lazat dan menarik untuk dijamah bagi seisi keluarga. Walaupun ada yang memilih untuk membeli di bazaar-bazaar Ramadhan, namun hidangan yang terbaik adalah yang dibuat dari rumah. Dan dengan musim panas yang melanda Malaysia saat ini, apa kata anda cuba buat hidangan pencuci mulut yang sangat refreshing bernama Dragon Mix Fruit ini!
BACA:Â Kongsi Rezeki Ramadhan, MUA Bellaz Belanja Orang Kampung Barang Dapur!
Tengok saja pun dah menyelerakan!
Menerusi FB milik wanita bernama Nur Yushanun Yusof ini, dia ada berkongsi resepi yang sangat mudah untuk menyediakan minuman kegemaran seisi keluarganya untuk membasahkan kembali tekak selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Senarai bahan yang diperluk4n…
1) Buah naga merah
2) Mangga
3) Anggur
4) Laici
5) Susu pekat manis (2 tin dahulu)
6) Ais
Buah-buahan tadi dipotong secara dadu
Langkah penyediaan Dragon Mix Fruit…
1) Campurkan kesemua buah ke dalam sebuah bekas atau besen, termasuklah buah laici dengan airnya dari dalam tin
2) Tuang 2 tin penuh susu pekat ke dalam campuran buah, dan gaul sampai sebati.
3) Masukkan beberapa ketul ais dan air putih secukup rasa, maka terhasillah hidangan viral dan sedap ini!
Bagi mendapatkan gambaran penuh tentang cara penyediaan ini, anda juga boleh tonton video yang disediakan.
Sumber: FB makananviralmedia & Nur Yushanun Yusof