Meskipun segala sesi pembelajaran akan dilakukan dari rumah, para pengajar tetap tidak berputus asa untuk mencurahkan ilmu kepada anak murid masing-masing. Walau bagaimanapun, sesetengah murid bagaikan kurang memahami kegigihan guru mereka sewaktu mengadakan kelas secara online. Menerusi TikTok, Lisya Fouzi berkongsi sebuah situasi ibunya yang merupakan seorang guru.
BACA:Â [VIDEO] Dulu Cuma Pelajar, Tak Sangka Mengajar Satu Sekolah Dengan Cikgu Lama
Ingatkan masalah teknikal, sedih tengok anak murid mak tak munculkan diri dalam kelas online
Walaupun sudah menunggu selama sejam, dia meluahkan rasa sebak apabila tiada seorang pun pelajar ibunya muncul. Lebih menyedihkan, cikgu tersebut menyangka laptop yang digunakan mengalami masalah teknikal. Tambah wanita ini lagi, cikgu sekolah menengah itu bersungguh-sungguh mengajar kerana ingin melihat kesemua anak didiknya berjaya. Oleh itu, Lisya mengingatkan kepada para pelajar untuk bertimbang rasa dan tidak mengabaikan guru seperti ini.
@lisyafouzi HeartbreakingðŸ˜tolong jangan buat cikgu kita macam ni #shouldbeme #fyp #foryoupage #tiktokviral
Keberkatan ilmu ada pada guru, kadang kalau dah call pun ada yang tak nak angkat
Video berdurasi 15 saat tersebut meraih lebih 110 ribu tontonan sejak ia dikongsikan beberapa jam lalu. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap layanan sambil lewa pelajar terhadap guru masing-masing. Selain itu, mereka juga mengakui akan berasa bersalah jika melakukan perkara sama terhadap para pendidik yang berdedikasi seperti ibu kepada Lisya ini.
Sumber: TikTok Lisya Fouzi