Bergelar anak kepada couple selebriti terkenal membuatkan Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sentiasa menjadi perhatian. Biarpun masih kecil, namun kedua-dua si cilik tersebut telah memiliki jumlah followers yang ramai di akaun Instagram. Bukan sahaja comel, malah ada sahaja keletah dan ragam dua beradik ini yang sering dikongsi oleh Hanis Zalikha ataupun Hairul Azreen.
BACA:Â Teman Daddy Makan, Netizen Perasan Sesuatu Kat Alisa Aisyah-“Telan Air Liur..”
Rupanya saya melahirkan anak-anak super manja, perangai sama macam ayah dia juga
Terbaru di Instagram, Hanis Zalikha telah memuat naik satu paparan ragam anak-anaknya tatkala sedang bersantai di rumah. Namun apa mencuit hati apabila gelagat Alisa menempel dan berbaring di atas riba abangnya yang khusyuk menonton televisyen. Malah dapat juga dilihat sikap penyayang Yusuf Iskandar terhadap adiknya. Ujar selebriti popular tersebut, sifat manja dua cahaya matanya itu sama seperti perangai Hairul Azreen.
Comel dua beradik ni, abang pun sayang betul kat adik dia…dah nampak cara nak tackle Alisa
Gelagat kedua-dua si cilik berkenaan nyata menghiburkan hati sehingga rata-rata netizen memenuhi ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Bukan sahaja teruja menyaksikan keletah manja Alisa, malah mereka turut memuji cara Yusuf Iskandar menyayangi adiknya itu. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram haniszalikha