Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Rupanya Banyak Kaki Ampu, Zul Yahya Ajak Rakan Seni Tinggalkan Industri

14th May 2020
in Viral
[VIDEO] Rupanya Banyak Kaki Ampu, Zul Yahya Ajak Rakan Seni Tinggalkan Industri
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mengenangkan isu korupsi semakin berleluasa dan rasuah jadi amalan dalam industri seni, pelakon Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya menggesa agar penggiat seni khususnya mereka yang berkerja di belakang tabir untuk ‘angkat kaki’ tinggalkan pekerjaan tersebut. Pelakon drama ‘Salam Terakhir‘ ini berkongsi pandangannya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

BACA : Hangat Pasal Isu Harta Peninggalan Suami Pada Isteri, Akhirnya Mufti Buka Mulut

Sebenarnya banyak kaki ampu & rasuah

Menurut Zul, sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni dia telah menyaksikan sendiri industri filem dan drama tanah air dipenuhi dengan ‘tangan-tangan kotor’. Disebabkan itu, dia menasihati penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk mencari pekerjaan yang lebih berkat dan diredai Allah SWT.

Untuk mereka yang berada dalam industri ini terutamanya belakang tabir, saya syorkan untuk kita ubah kehidupan kita. Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan. Industri ini dipimpin tersasar jauh daripada kehendak Allah SWT. Kita tahu banyak kaki ampu, rasuah dan pentingkan diri.

[VIDEO] Rupanya Banyak Kaki Ampu, Zul Yahya Ajak Rakan Seni Tinggalkan Industri

Langsung tak dihargai pengorbanan kru-kru bawahan

Sementara itu, Zul berkata segala penat lelah dan pengorbanan pekerja belakang tabir seakan tidak dihargai pihak produksi. Tetapi sebalik hanya memikirkan keuntungan peribadi semata-mata.

Ini yang kita nampak depan mata, kru-kru bekerja susah payah tapi pengorbanan dan usaha mereka pihak atasan tak nampak. Apa yang mereka nampak keuntungan peribadi.

[VIDEO] Rupanya Banyak Kaki Ampu, Zul Yahya Ajak Rakan Seni Tinggalkan Industri

Jangan taruhkan diri kepada industri

Melihat nasib segelintir anak seni yang terpinggir di hujung kehidupan mereka, pelakon berusia 47 tahun ini turut bersedih dan simpati tatkala mengenangkan pengorbanan yang tidak dihargai itu. Di akhir posting tersebut, dia berharap agar perkongsiannya ini dapat membuka mata ramai selain memikirkan soal keberkatan.

Ramai sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka tak ada apa-apa. Dahlah EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak. Jom kita undur diri cari rezeki yang lebih berkat. Biar sikit tapi cukup, jangan taruhkan diri kepada industri.

https://www.instagram.com/tv/CAHwW1EAtBj/?igshid=v4t1qs4ye4ay

Sumber : Instagram zulyahya70

Tags: belakang tabirindustrikaki ampuseniZul Yahya
Next Post
[VIDEO] Rupanya Banyak Kaki Ampu, Zul Yahya Ajak Rakan Seni Tinggalkan Industri

[FOTO] Solekan Dikatakan Tebal Macam 'Bumi Jerebu', Peminat Backup Syifa Melvin

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)