Sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola tampar dari Amerika Syarikat pada tahun 2017, selebriti terkenal iaitu Lana Nodin semakin kurang aktif dalam bidang lakonan. Malah kini dia sibuk dengan kehidupan bersama suami serta dua pasang anaknya.
BACA:Â Jangan Terus Tinggalkan Tuhan Kalau Dah Lama Tak Solat, Tapi Teruskan Taubat..
Saudara baru dalam Islam, ambil peluang belajar agama daripada guru…anak sulung pun join sekali
Meskipun bergelar saudara baru dalam Islam, namun suaminya iaitu Mohd Daud McKienzie tetap mengambil peluang untuk menuntut ilmu agama sebaik mungkin. Malah lelaki berkenaan telah berkesempatan mempelajarinya daripada seorang guru dan turut disertai oleh anak sulung yang comel bertelekung.
Diajar berwuduk & cara tunaikan solat…dengar bacaan ayat yang sangat lancar (swipe left)
Selain asas berwuduk, dua beranak itu juga diajar cara untuk menunaikan solat dengan sempurna. Bahkan bacaan ayat lelaki berkenaan juga didengari sangat baik dan lancar. Meskipun dia kelihatan sedikit kekok, namun guru wanita tersebut tidak putus memberikan semangat kepadanya.
Sejuk mata tengok keluarga ni, alhamdulillah…moga sama-sama dapat taufik & hidayah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kesungguhan Mohd Daud McKienzie yang tidak segan belajar agama untuk memperbaiki diri. Selain berasa sebak dengan usaha itu, mereka turut mendoakan agar urusan keluarga tersebut dipermudahkan.
Sumber: Instagram lananodinmckienzie