Drama ‘Cinta Sekali Lagi’ terus menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton. Malah semakin ramai meluahkan rasa geram dengan watak antagonis Amani sanggup yang melakukan pelbagai cara untuk menganggu rumah tangga kakaknya sendiri.
BACA:Â Konon Mengadu Kena ‘Bantai’ Suami, Sampai Sanggup Nak Goda Abang Ipar Sendiri
Banyak rancangan nak dapatkan abang ipar, siap reka cerita pada kakak
Akibat tidak bahagia dengan perkahwinan yang dibina selama beberapa tahun, akhirnya Mukhlis melafazkan talak kepada Amani. Bermula daripada peristiwa itu, rancangan wanita berkenaan untuk mendapatkan abang iparnya semakin menjadi-jadi. Lebih teruk lagi apabila dia cuba mereka-reka cerita tentang Fahad sehingga menimbulkan perasaan syak wasangka kakaknya.
Bagi hint nak Fahad sebagai imam,’termakan’ godaan Amani…dingin pada anak & isteri
Sejak Amanda meletakkan jawatan dari syarikat ‘Anggun Jewels‘, Amani dilihat tidak pernah melepaskan peluang untuk mendekati abang iparnya. Episod semalam juga semakin ‘panas’ apabila wanita tersebut memberikan hint untuk menjadikan Fahad sebagai imamnya. Lebih malang lagi lelaki berkenaan seolah-olah ‘termakan’ dengan godaan Amani sehingga mula tunjukkan sikap dingin kepada anak-anak dan isterinya.
Itulah lelaki, sebab nafsu sanggup lupakan rumah tangga sendiri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penonton meluahkan perasaan geram melihat perangai Amani yang semakin melampau. Selain itu, mereka turut mengatakan Fahad seolah-olah mengikut perasaan sehingga tidak hiraukan keluarganya.
Sumber: Instagram sr.tigers, dramasangat