Jiwa anak-anak kecil memang masih lagi suci kerana tidak terdedah dengan pelbagai ‘anasir’ lain. Jika betul didikan ibu bapanya, maka baiklah akhlak yang akan ditunjukkan si anak. Jika tidak, maka sebaliknya yang akan terjadi. Baru-baru ini di Twitter, seorang budak lelaki telah menarik perhatian netizen kerana videonya yang melalak teruk mula menjadi tular. Kejadian tersebut berlaku selepas dia tamat waktu persekolahan.
BACA :Â [VIDEO] Gigih Larang Ayah Keluar Rumah, Lihat Taktik Comel 4 Ketul Budak Ini
Kata nak tunggu, tapi dah sembahyang dulu
Kata gadis dengan akaun @Notbielah yang berkongsikan video tersebut, ayah mereka menjadi begitu risau kerana anaknya, Pael ini menangis dengan teruk sekali. Kalau ibu bapa lain, sudah tentu mereka juga akan mempunyai perasaan gusar yang sama. Disangkakan mempunyai masalah dengan rakan di sekolah, rupanya dia terlalu sedih kerana tidak dapat menunaikan ibadah solat bersama sahabat lain.
ayah dah risau tgk pael nangis time nak amik dia balik sekolah. ingatkan kena buli, rupanya nangis sebab kawan dia solat tak tunggu dia😂 pic.twitter.com/6jcWSSftSQ
— an (@notbielah) October 17, 2019
Walaupun kejadian ini nampak biasa, namun siapa menyangka dia menjadi begitu sedih selepas rakannya berbuat demikian kan? Si ayah juga sempat menenangkan anaknya dan berkata bahawa dia boleh saja menunaikan ibadah wajib tersebut apabila selamat sampai ke rumah nanti.
Semoga terus jadi budak baik ye Pael
Mendapat hampir 13,000 jumlah retweet, netizen juga seolah-olah tersentak dan terharu dengan kejadian berkenaan. Bukan sahaja memuji keluhuran hati budak tersebut, malahan mereka mendoakan agar Pael terus terpelihara dengan sifat soleh sampai bila-bila.
Sumber : Twitter Notbielah