Viral

[VIDEO] Lambat Masuk Kelas Online , Pelajar Kena Denda Nyanyi Lagu Kopi Dangdut

[VIDEO] Lambat Masuk Kelas Online , Pelajar Kena Denda Nyanyi Lagu Kopi Dangdut
Rasaflix

Sharing is caring!

Umum mengetahui bahawa pandemik COVID-19 telah mengakibatkan banyak aktiviti tertunda. Oleh itu,  mengadakan kelas secara online pada masa kini bukanlah sesuatu yang asing lagi.  Bergelar sebagai seorang pelajar, pasti pernah merasai situasi terlewat masuk ke kelas. Sedangkan kelas secara bersemuka pun masih ada yang lambat, jadi tidak mustahil sekiranya kelas secara virtual ini masih ada yang terleka dan lewat menyertainya.


BACA : [VIDEO] Gabra Kucing Bunting Tersangkut Dalam Lubang, 1 Kelas Gigih Selamatkan

Bila lambat masuk kelas , sekarang dah dapat pengajaran…

Mendapat lebih daripada 100 ribu tontonan di  Tiktok, pemilik akaun @penatasya telah berkongsi sebuah video tentang seorang rakannya yang didenda oleh pensyarah ketika online class . Dapat dilihat pemuda di dalam rakaman tersebut sedang menyanyikan lagu kopi dangdut sambil diketawakan oleh si perakam dan rakan-rakannya  yang lain. Lebih menghiburkan apabila pelajar yang didenda kerana lewat masuk kelas itu mengatakan dia terlupa bait-bait lirik lagu tersebut sedangkan ia sudah jelas terpampang di skrin aplikasi online itu.


@penatasya

Lesson learned 😂

♬ original sound – tasya – tasya

Seronok dapat pensyarah sporting

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Miss Anis iaitu pensyarah kepada pemuda tersebut merupakan seorang yang sporting. Ada juga yang turut memuji pemuda tersebut comel dek kerana telatah spontannya ketika menyanyikan lagu tersebut. Di samping itu, mereka turut berkongsi pengalaman masing -masing ketika lewat masuk ke kelas.


[VIDEO] Lambat Masuk Kelas Online , Pelajar Kena Denda Nyanyi Lagu Kopi Dangdut

[VIDEO] Lambat Masuk Kelas Online , Pelajar Kena Denda Nyanyi Lagu Kopi Dangdut

[VIDEO] Lambat Masuk Kelas Online , Pelajar Kena Denda Nyanyi Lagu Kopi Dangdut

 

 

 

Sumber : Tiktok tasya

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Lambat Masuk Kelas Online , Pelajar Kena Denda Nyanyi Lagu Kopi Dangdut

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram