Bukan biasa-biasa apabila mereka yang mempunyai bakat dapat pergi jauh dengan menyertai pertandingan tersohor Asia iaitu Asia’s Got Talent. NAMA merupakan salah satu daripada 2 peserta tempatan yang berjaya mara ke peringkat akhir atas bakat mereka, sekaligus mengharumkan nama Malaysia dalam rancangan tersebut. Menariknya lagi, kumpulan yang dianggotai oleh Fazrina, Syamimi, Fazira dan Farah ini dipilih oleh para juri untuk layak secara autom4tik ke pusingan Grand Final yang berlangsung malam tadi di kaca TV.
BACA:KPOP Lovers Buktikan Minat Bukan Penghalang, Berjaya Raih Masters Anugerah!
 Menurut juri, NAMA merupakan simbol kepada keamanan. Berhijab tidak menghalang mereka untuk membuat persembahan lain dari yang lain.
Kumpulan Nama SemalamÂ
Menurut David Foster, pemuzik terkenal dari Kanada itu sangat tertarik dengan konsep yang dibawa oleh NAMA. Meskipun berhijab, namun masih boleh memberikan kualiti persembahan terbaik di atas pentas.
Persembahan penuh NAMA di Grand Final Asia’s Got Talent 2019
Walaupun menjadi pilihan juri, namun masih terdapat kritikan dari netizen yang menyatakan persembakan mereka kali ini tiada peningkatan.
Perlu baiki vokal, sampai note tinggi
Boleh nampak debaran
Biasa, cuma tukar pakaian lagi menarik
Normal, cuma pakaian je yang improve
Namun begitu, rata-rata peminat memberikan semangat ruangan komen Instagram milik mereka.
Akan undi NAMA
Buat yang terbaik NAMA
Sumber: YouTube Asia’s Got Talent