Sudah lumrah dalam rumah tangga, biasanya para suami akan banyak mengalah dengan perangai isteri masing-masing. Bahkan terpaksa merendahkan ego kerana enggan perhubungan menjadi keruh disebabkan oleh perkara yang remeh-temeh.
BACA:Â Buat Shell-Out Untuk Birthday Isteri, Suami Siap Selit Surprise Dalam Makanan
Ambil tempe dari pinggan suami…berlagak tenang sebelum pergi dari situ
Tular di TikTok, Wan Nur Amirah berkongsi video ketika menemani suaminya makan. Malah wanita berkenaan sempat mengambil sekeping tempe dari pinggan dan gembira kerana tidak dimarahi. Namun lelaki berkenaan memandang sahaja perlakuan isterinya dan tersenyum sebelum menyambung semula suapan. Sambil berlagak tenang, dia tak semena-mena bangun dan berlalu pergi dari meja itu.
Cari suami di setiap ruang rumah, jumpa dalam bilik anak tengah merajuk
Hairan dengan perlakuan lelaki berkenaan yang pergi secara tiba-tiba, Wan Nur Amirah terus mencarinya di setiap ruang rumah. Akan tetapi, wanita tersebut akhirnya menemui suaminya sedang merajuk di dalam bilik anak. Lucunya, dia dilihat menumbuk anak patung beberapa kali seolah-olah ingin melepaskan geram.
@mcteqmierah97
Untung suami tak marah sebab isteri cantik…tapi last dia yang merajuk
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lelaki tersebut kerana sabar melayan kerenah isteri meskipun pada akhirnya terhibur lihatnya merajuk. Secara keseluruhan, video berkenaan telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok mierahmcteq