Setiap orang pasti mempunyai barang perhiasan yang amat bermakna dan perlu dijaga rapi. Lebih-lebih lagi, jika terlibat dengan aktiviti atau kerja lasak dikhuatiri barang berharga tersebut akan rosak.
BACA: [VIDEO] Ingatkan Ajak Pergi Pasar, Tak Sangka Suami Bagi Surprise Rantai Emas
Hairan cincin makin kemik sejak pakai time kerja…nak betulkan tapi kedai tutup
Menerusi perkongsian di TikTok, gadis bernama Syaza Lydia bingung apabila melihat cincin tunang yang dipakainya mula kemik. Sebagai technician, gadis berkenaan menjelaskan bahawa kerap memakai cincin itu ketika bekerja. Lebih menyedihkan, ia tidak boleh hantar ke mana-mana kedai barang kemas untuk dibaiki gara-gara PKP dilaksanakan.
Nak inform encik tunang…tak sangka kena bebel pula, nasib nak bawak repair
Justeru itu, Syaza memberi tahu tunangnya soal keadaan cincin berkenaan. Namun, siapa sangka dia akhirnya telah dibebel oleh bakal suaminya. Dalam pada itu, lelaki tersebut turut berpesan agar lebih berhati-hati dan tanggalkan cincin berkenaan sebelum bekerja.
https://www.tiktok.com/@syazalydia/video/6918616340840369409?_d=secCgYIASAHKAESMgowVizRK8tZBeY6bb5H4pwHbzJW1lJZXFi4dywqiYjAPvjAtafBHnEAPBuvnoswDnUTGgA%3D&language=en&mid=6918616309873806082&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAcWwYda8DPAeUJQ-P_ew-EwNIeEqUfc7qcz_giHA7nQfkvT-598LTUHh2xIliItdT&share_app_name=tiktok&share_item_id=6918616340840369409&share_link_id=68690f8f-71fa-4716-b9bc-020ca2d9c20a×tamp=1610929421&u_code=db2d178004299h&user_id=6795980114657215490&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t
Letak kat besi payung & ketuk perlahan…lepas ni jangan pakai time kerja
Secara keseluruhannya, video berdurasi 27 saat ini telah meraih lebih 60 ribu tontonan. Rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan cincin tunang Syaza itu. Bukan sahaja menceritakan pengalaman masing-masing, mereka juga sempat berkongsi beberapa solusi mudah tanpa perlu dihantar ke kedai emas langsung.
Sumber: TikTok Syaza Lydia