Jika bercakap mengenai penjual aiskrim Turki, rata-rata anda pasti sudah sedia tahu mengenai cara mereka menjual manisan berkenaan. Bahkan sebelum ini, video mereka ketika seronok bergurau senda dengan pelanggan terlebih dahulu sebelum menyerahkan aiskrim memang sangat mencuit hati dan sering kali viral di media sosial. Bukan sahaja pelanggan dewasa, malahan pelanggan kanak-kanak pun tidak ketinggalan diusik mesra oleh para penjual.
BACA :Ā Gigih Kumpul Duit Nak Mandi Water Park, Anak Tak Puas Hati Lepas Ditipu Ibu
Budak terpinga-pinga kerana tidak mendapat aiskrimya
Excited kononnya bakal disakat, tapi….
Namun begitu, lain pula halnya yang terjadi kepada seorang pelawak dari Korea Selatan bernama Yoo Byung-jae baru-baru ini. Beberapa jam lalu sejak dikongsikan oleh sebuah akaun Twitter @jomoyu, rakaman sewaktu dia membeli aiskrim di sebuah gerai nampaknya berjaya menghiburkan ramai. Pada awalnya, pelawak tersebut benar-benar teruja mahu merasai pengalaman disakat oleh penjual berbaju merah itu dan perasaan berkenaan memang jelas terpancar di wajahnya.
https://twitter.com/jomoyuu/status/1207648529138642944?s=19
Ternyata dia kecewa di situ
Dengan senyuman yang manis, penjual itu terus menjalankan kerjanya daripada proses mencedok sehinggalah menyerahkan aiskrim kepada pelanggannya. Tetapi, Byung-jae kelihatan sangat hampa kerana tiada apa-apa usikan dibuat terhadap dirinya. Bahkan penjual aiskrim itu terus menghulurkan aiskrim seperti biasa sebelum menantikan wang bayaran. Video tersebut nampaknya turut mencuit hati rakyat Malaysia termasuklah seorang pendakwah terkenal Malaysia, Da’i Wan. Ustaz selebriti ini seolah-olah mengerti apa yang dirasai Byung-jae pada waktu itu.
Sumber : Twitter Da’i Wan dan Jomoyu, Kini Viral