Tidak dinafikan, terlampau banyak pengorbanan dan kasih sayang seorang isteri yang dicurahkan demi kekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Justeru, para suami sentiasa dianjurkan untuk membalas segala jasa ‘bidadari tercinta’ mengikut kemampuan dan keikhlasan hati masing-masing.
BACA: [VIDEO] Nak Surprise Isteri, Saharul Ridzwan & Anak Terpinga Bila Rumah Sunyi
Tak berpeluang ada anak…tapi syukur dapat suami yang penyayang
Seindah mana pun perancangan kehidupan, itu siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Ilahi. Itulah yang dilalui oleh @dlailabridal dan suaminya, apabila sudah sekian lama mendirikan rumah tangga tapi belum dikurniakan cahaya mata. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana mempunyai teman hidup yang sangat baik dan penyayang.
Pakai baju lusuh, ingatkan nak ajak beli barang dapur…rupanya dapat surprise rantai emas
Pada awalnya, wanita tersebut menyangka bahawa suaminya itu ingin membeli barang basah kerana berpakaian biasa. Namun, dia terkejut apabila lelaki berkenaan membawanya ke kedai emas serta dihadiahkan seutas rantai. Moments itu bertambah sayu, sebaik sahaja wanita itu dakap erat suaminya.
@dlailabridal Allah tak bagi rezeki anak, tapi Allah bagi nikmat rumahtangga bahagia dan suami yang baik. Alhamdulillah. #sakinahmawaddahwarahmah #fypシ #fyp
Allah dah susun cantik perjalanan…redha walaupun pernah dicaci
Secara keseluruhannya, video berdurasi 47 saat ini telah meraih lebih 20 ribu tontonan. Rata-rata netizen terharu menyaksikan detik bahagia suami isteri berkenaan. Bukan sahaja berkongsi nasib sama belum ada rezeki bergelar ibu bapa, mereka turut menitipkan doa agar suami isteri ini bakal menimang cahaya mata suatu hari nanti.
Sumber: TikTok @dlailabridal