Bergelar ibu adalah perkara terindah dalam hidup seseorang wanita. Perubahan drastik dalam kehidupan harian sudah tentu akan menjadi pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Banyak perkara baru yang perlu dipelajari dan ditempuhi bagi menjalani fasa ini. Begitu juga seperti yang dialami oleh penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan bayi lelaki, Seth Uwais pada September lepas.
BACA:Â Isteri Layak Digelar, Terkadang Nangis Sendiri Tapi Terus Kuat
Realiti seorang Shila Amzah…ingat senang jadi mak bekerja?
Baru-baru ini Shila telah berkongsi video di laman Instagram yang memaparkan aksi menukar lampin anaknya. Menariknya, Shila menukar lampin anaknya dalam kereta dengan mimik muka yang lucu. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Tiada Dirimu’ juga turut mengatakan video itu menunjukkan realiti hidupnya sebagai seorang ibu yang bekerjaya. Pasti bukan mudah menjadi seorang selebriti yang popular dan turut juga bergelar sebagai seorang ibu.
https://www.instagram.com/p/B6A9d65JGMf/
Semua mak macam ni…kat mana-mana saja asal boleh
Gelagat comel semasa menukar lampin anaknya itu telah mencuri perhatian netizen. Malah golongan ibu yang turut melihat video itu rata-ratanya bersetuju dan berkongsi pengalaman sama kerana perlu sentiasa bersedia menguruskan karenah anak, sama ada bayi atau yang sudah bersekolah.
“Eh kau ni kan, tak reti duduk diam”
Telatah Shila yang geram dengan anaknya tidak duduk diam semasa menukar lampin itu juga telah mendapat reaksi positif daripada netizen yang merasakan lucu dengan telatahnya itu. Setakat ini, video ini telah ditonton lebih 222 ribu kali.Â
Sumber: Instagram Shila Amzah