Zaman sekarang, anak muda lebih selesa bercinta untuk jangka masa lama bagi mengenal hati budi masing-masing. Namun, ada sesetengah ibu bapa sudah menetapkan jodoh untuk perkahwinan anak mereka. Turut berdepan nasib sama, seorang lelaki dari Indonesia ini terpaksa akur dengan pilihan keluarga tapi siapa sangka rupanya ada pula hal mengejutkan ketika hari persandingan tersebut.
BACA:Â Pernah Reject 5 Lamaran Jejaka, Nenek 76 Tahun Akhirnya Dapat Jodoh Suami Muda
Setia dengan jodoh pilihan keluarga
Pengguna akaun TikTok @dandhy25, telah berkongsi kisah pernikahan sepupunya yang bersetuju dijodohkan dengan pilihan keluarganya. Lebih menyayat hati, lelaki tersebut difahamkan sudah mempunyai hubungan istimewa dengan gadis lain hampir 3 tahun dan dia juga tidak boleh berjumpa dengan calon isteri sehingga hari perkahwinan berlangsung.
https://www.tiktok.com/@dandhy25/video/6900771198599269633?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjwrdjLLqitNPa9mQ5pLIbTjRbuEZVsna5jvcy1uv%2F0ppUWaTyuvVt3g53y%2FDt9Ola8ZW1QVBk%2FAlf4EO24aAA%3D%3D&language=en&mid=6900771137639238402&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAcWwYda8DPAeUJQ-P_ew-EwNIeEqUfc7qcz_giHA7nQfkvT-598LTUHh2xIliItdT&share_app_name=tiktok&share_item_id=6900771198599269633&share_link_id=0fc54cce-33ea-4b7b-8a30-3db3a6abe27b×tamp=1607303397&u_code=db2d178004299h&user_id=6795980114657215490&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t&sender_device=pc&sender_web_id=6897143108748772865&is_from_webapp=1
Tak sangka calon isterinya adalah teman wanita sendiri
Siapa sangka, kedukaan tersebut bertukar menjadi hari bahagia kerana rupa-rupanya calon isteri pilihan ibu bapanya itu merupakan buah hatinya sendiri. Jelasnya lagi, mereka berdua hampir kecewa sebelum diijab kabul dan akhirnya mengetahui bahawa takdir telah menyatukan mereka.
https://www.tiktok.com/@dandhy25/video/6901895308653923585?sender_device=pc&sender_web_id=6897143108748772865&is_from_webapp=1
Kalau dah jodoh tak ke mana…mungkin dalam diam ibu bapanya memantau calon isterinya
Secara keseluruhannya, video ini telah meraih lebih 3 juta tontonan. Rata-rata netizen teruja melihat kisah cinta ini malah mereka turut berpesan bahawa inilah dinamakan jodoh. Mereka juga memuji sikap lelaki tersebut kerana mendengar kata ibu bapanya. Mungkin dalam diam juga ibu bapanya perhatikan calon menantu agar anaknya tidak salah dalam memilih teman hidup.
Sumber: TikTok @dandhy25