Pasangan sama cantik sama padan Fatin Afeefa dan Aliff Awang sering kali dilihat berkongsi pengalaman perkahwinan mereka di laman sosial. Terdahulu suaminya berkongsi di laman sosial mengenai nasi goreng yang dimasak isterinya itu terlebih masin. Komen jujur ini semestinya mencuit hati rata-rata peminat mereka.
BACA: “I Pejam Mata Pun I Boleh Rasa Handsome U. Kaya Tu No. 2” – Fatin Affeefa
Namun berbeza dengan kali ini, suami Fatin Afeefa telah menyahut cabaran untuk menunjukkan love bite atau ‘gigitan cinta’ setelah diminta oleh salah seorang penonton mereka semasa Live di Tiktok. Pada awalnya, Fatin kelihatan malu dengan tindakan suaminya itu, namun akur.
Terbawa-bawa dengan cabaran itu, suaminya mengakui love bite itu lazat dan sebagai tanda rumah tangga mereka bahagia. Suami Fatin nampaknya tidak kekok berkongsi kebahagiaan mereka bersama peminat.
Suaminya dilihat pertahankan perkara itu dan menyatakan mempunyai love bite selepas berkahwin tidak salah. Ianya hanya salah jika ada love bite sebelum berkahwin. Kenyataan berbaur nasihat itu seharus diambil sebagai pengajaran.
https://www.tiktok.com/@yoursbabe_11/video/7185819535734230298?_r=1&_t=8YqXW9eS4GH&is_from_webapp=v1&item_id=7185819535734230298
Video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata tidak senang dengan perlakuan pasangan itu yang dilihat tidak kekok menceritakan tentang hal dalam kain di media sosial.
Dan ada yang juga menyamakan perangai suaminya itu seperti kebudak-budakan.
Dan yang mencuit hati, ada yang mengagak tujuan pasangan itu buat video Live tersebut sebenarnya untuk ditujukan kepada pihak-pihak tertentu. Erm, siape ya agaknya?