Menyambut hari ulang tahun semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi diraikan bersama keluarga tersayang serta sahabat handai. Biasanya tarikh penting ini pasti diingati oleh mereka yang rapat dengan diri kita juga. Namun lain pula yang dilalui oleh anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen apabila tidak ada seorang pun mengingati hari istimewanya.
BACA :Â [VIDEO] Sampai Tersasul, Gelagat Pak Cik Bagi Ucapan Raya Buat Ramai Berdekah
Mama esok hari apa?
Sekitar malam tadi, Cik B berkongsi sebuah rakaman video di Twitter memaparkan dirinya bertanya kepada beberapa ahli keluarga termasuk ibunya iaitu Datuk Seri Vida dan Kacak mengenai hari esok. Namun apa yang menghampakan adalah kesemua mereka hanya mempamerkan reaksi blur dan memberi respon bahawa esok (iaitu hari ini) adalah hari Selasa.
Alahai sampai ‘emo’, tak ada seorang pun ingat..
Seakan-akan berputus asa, Cik B kemudian hanya diamkan diri kenangkan hari yang sepatutnya disambut gembira bertukar suram. Malah terpancar jelas reaksi kecewa yang dipamerkan Cik B saat ibunya turut berpura-pura tidak mengingati hari lahirnya yang ke-15. Bagaimanapun, di akhir video tersebut Cik B ‘menangis’ teruk meratapi di hari istimewanya sehingga membuatkan ramai terhibur.
https://twitter.com/HavocCikb/status/1262373756095193088?s=09
Hahaha, semua buat-buat lupa nakal betul..
Dikongsi sejak semalam, video berdurasi kurang daripada dua minit tersebut berjaya meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur selain sempat beseloroh dengan kejutan istimewa bakal diberikan oleh ibunya. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk memberi ucapan hari lahir kepadanya.
Sumber : Twitter HavocCikb