Pada tanggal 1 Oktober lalu, selebriti Elfira Loy atau lebih mesra disapa dengan nama El selamat melahirkan cahaya mata sulung yang bernama Muhamad Rayyan Khalaf. Sehingga kini, segala perkembangan bayi berusia hampir sebulan itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya. Terbaru, ibu muda ini telah memuat naik satu video di entri tersebut yang memaparkan suaminya iaitu Faris Anuar sedang mendodoikan anak mereka.
BACA : “Kerja Asyik Nak Mengadu Je” – Prank Ngidam Telan Sabun, Elfira Cuit Hati Ramai
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-20d8ce6e51aff1191e45b7ea56a18c6f.jpg)
Dodoikan anak bila mengantuk VS bila tak mengantuk
Menerusi posting tersebut, El telah berkongsikan 2 buah video yang memaparkan gelagat Faris mendodoikan bayi itu dalam keadaan mengantuk dan juga sebaliknya.Â
Lagu ABC VS zikir munajat
Ketika mendodoikan anaknya dalam keadaan mengantuk, Faris menyanyikan lagu ‘ABC’ sambil menutup matanya. Namun, lain pula caranya sewaktu dia menidurkan bayi tersebut ketika tidak mengantuk iaitu dengan mengalunkan zikir munajat sambil berdiri. Kedua-dua situasi tersebut turut disambut dengan gelak tawa El yang begitu seronok merakam moment berkenaan.
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-3d43b200b755c656bd1161fed34329bb.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-2f9bfce9e3a507235e1f6823c27df556.jpeg)
Kelakar sangat teringat my husband pun macam ni
Gelagat bersahaja suami El ketika menidurkan anak mereka ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai lalu membanjiri ruang komen di IG miliknya. Mana tidaknya, rata-rata netizen terhibur melihat cara Faris berbuat demikian. Tidak kurang juga, netizen mula berkongsi moment tentang suami mereka yang tersengguk-sengguk semasa mendodoikan anak.
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-495cfb1be487932eb5bd377c51323a37.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-0f59af6930bfa2940d7b1d4f63c06cc8.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-42512a048da4e44b897a7262c61d0a01.png)
Sumber : IG Elfira Loy
![[VIDEO] Gelagat Suami Elfira Dodoikan Anak Versi Mengantuk Bikin Ramai Terhibur](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/10/erinsakura-b384ea013ade10482e1b5b3cbd937ab8.jpg)
