Setiap orang yang bercinta pasti mengharapkan perhubungan mereka berakhir di jinjang pelamin tetapi tak semuanya indah dan pasti akan ada yang melalui detik perpisahan sekali gus boleh trauma di masa depan. Namun, proses untuk move-on adalah satu keperluan selain menandakan kita pasrah dengan ketentuan-Nya. Bercakap mengenai hal itu, kisah seorang gadis di Indonesia ini nyata membuatkan ramai kagum.
BACA: [VIDEO] Tersilap Jawab Tarikh Nikah Kahwin, Reaksi Cuak Lelaki Ni Lucu Habis
Awalnya trauma nak bina hubungan baru…sifat gentlemen dia berjaya membuka hati saya
Menerusi TikTok @sintadihsya, dia telah berkongsi kisah cintanya bersama suami. Pada awal perkenalan, suaminya memulakan langkah apabila berani mengajaknya berkenalan. Jelasnya lagi, ketika itu dia sukar menerima kerana masih trauma dengan perhubungan masa lalu. Setelah lama berkenalan, tidak disangka-sangka suaminya datang berjumpa keluarga untuk melamar lalu mereka berdua segera bernikah. Dia juga tak mampu menahan sebak selepas mengenangkan betapa cantiknya perancangan Allah SWT buat dirinya.
@sintadihsya Ceritaku bersama suamiku ❤️ #fyp #foryoupage
Indah sungguh perancangan Tuhan…semoga jodoh berpanjangan serta bahagia dunia dan akhirat
Video berdurasi 27 saat berkenaan telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan. Rata-rata netizen berasa teruja menyaksikan kisah cinta suami isteri ini. Mereka mengucapkan tahniah dan menitipkan doa agar hubungan ini mendapat barakah dari Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.
Sumber: TikTok @sintadihsya