Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

29th November 2019
in Viral
[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4
591
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kesihatan merupakan satu nikmat berharga yang dikurniakan tuhan kepada hambanya. Namun dalam sekelip mata, nikmat itu boleh saja ditarik jika itu sudah menjadi ketentuan Allah Yang Maha Esa. Demikianlah keadaan yang menimpa seorang remaja berusia 15 tahun bernama Haikal apabila dia pergi bertemu Ilahi. Kesedihan yang terasa atas pemergiannya masih lagi berbekas khususnya di jiwa ahli keluarga. “Bagai hilang sebelah sayap”, mungkin itulah yang dirasai mereka sekarang.

BACA : Cepatnya Allah Ambil-Lelaki Ajal Dalam Nahas Dihempap Treler, Adik Luah Sebak

Mohon kuasa viral doakan adik aku selamat

Kisah duka itu sempat dikongsikan oleh abang Allahyarham iaitu Aiman menerusi Twitternya sebelum ini. Ketika itu, dia meminta jasa orang ramai agar mendoakan yang terbaik untuk kesembuhan adik kesayangannya itu. Masalah kesihatan yang dialami oleh remaja berkenaan bermula dengan ketumbuhan di bahagian paha. Namun siapa menduga, ketumbuhan yang dianggap bengkak biasa rupanya disahkan sebagai kanser.

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

Aku tak percaya hang dah takde

Menurut laporan daripada portal Harian Metro pula, Haiqal begitu tabah melawan kanser berkenaan sejak bulan Februari lagi. Sepanjang detik itu juga, dia menjalani 21 sesi kimoterapi dan pada waktu sama, masalah berkenaan akhirnya merebak ke bahagian paru-paru sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa hari lalu. Melihat semula ke ruangan Twitter milik si abang, nampaknya dia benar-benar terkesan dengan kehilangan itu dan sempat berkongsikan sebuah video pilu.

https://twitter.com/frhdnmhdzuraaa/status/1199620636450021376

Kena kuatkan hati terima kenyataan

Video berdurasi 2 minit lebih itu memaparkan kenangan manis ketika mereka meluangkan masa bersama. Jika diteliti semula, Aiman benar-benar tidak percaya bahawa adiknya itu kini sudah pun tiada kerana bertemu Ilahi. Tidak ketinggalan, ibu Allahyarham yang menggelarkan dirinya sebagai Cik Zety juga sempat membuat luahan di Facebook. Walaupun masih lagi sedih, namun dia belajar menerima kenyataan pahit berkenaan.

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

Tak sempat pakai barang online yang dibeli

Menerusi penjelasan daripada Harian Metro lagi, Allahyarham sempat membeli barang secara online. Namun belum sempat digunakan, selipar berkenaan kini menjadi satu-satunya kenangan yang boleh ditatap oleh ahli keluarganya.

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4 [VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4 [VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

 

Sumber : Twitter Emanfadan, Harian Metro, Izzety Ayuny Razak, Oh Bulan

Tags: abangadikajalbengkakJodohkanser
Next Post
[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik ‘Pergi’ Kerana Kanser Tahap 4

[VIDEO] Result Muzik-Muzik 34 Penuh Kejutan, Ramai Terkilan Artis Otai Tak Mara

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)