Hakikatnya banyak pengorbanan yang dilakukan oleh para isteri, malah tak salah jika suami buat kejutan sebagai tanda membalas jasa mereka. Tak kiralah apa jua bentuk sekali pun, hati kesayangan mesti akan berbunga-bunga menerima sesuatu daripada insan tersayang.
BACA: [VIDEO] Adik Kakak Bertekak Dalam Kereta, Member Cuak Nangis Ada Plot Twist
Sempena Hari Ibu…lelaki ini bagi surprise hadiah special buat isteri
Berbeza dengan kita, negara seberang menyambut Hari Ibu pada tarikh 22 Disember setiap tahun. Di kesempatan itu, seorang lelaki dikenali sebagai Dody Maulana ini mengambil peluang tersebut untuk memberi surprise buat isterinya.
Bini tengah syok layan telefon, suami tiba-tiba baling kunci…terkejut tapi akhirnya happy
Ketika sibuk melayan telefon, wanita berkenaan terkejut apabila suaminya secara tiba-tiba melempar kunci kereta. Hairan dengan perbuatan Dody, isterinya terus diiring keluar dari rumah. Tanpa disangka-sangka, wanita tersebut speechless sebaik saja muncul sebuah kereta mewah yang dihadiahkan untuknya.
@dodymaulanadelgad
Kalau jumpa calon tepat, wanita akan dilayan macam ratu…tak apa suami tolong buat kerja rumah pun cukup
Secara keseluruhannya, video berdurasi 21 saat ini telah meraih lebih 800 ribu tontonan dan rata-rata netizen teruja melihat kereta mewah yang diberi olehnya. Bukan sahaja memuji kecantikkan isterinya, mereka juga sempat berharap agar semua lelaki di dunia mampu mencontohi sikap tak berkira dengan isteri seperti Dody.
Sumber: TikTok Dody Maulana