Seperti diketahui ramai, pengacara terkenal Dayah Bakar kini sedang berada di Australia untuk reunion dengan suaminya setelah terpisah selama setahun lebih. Lebih menyayat hati, ini merupakan pertama kali pertama mereka bersama anak sulung yang diberi nama Acbhar Muhammad Fahri. Terdahulu, hos TV3 berkenaan telah menjalani tempoh hamil, bersalin serta berpantang seorang diri di Malaysia.
BACA:Â [VIDEO] 377 Hari Menanti, Suami Sambut Dayah Bakar & Anak Berlinangan Air Mata
Fahri cepat mesra & bermanja dengan ayah…tak nak lepaskan walaupun kali pertama berjumpa sejak lahir
Baru-baru ini pula, Dayah Bakar memuat naik video bayi tersebut sedang bermesra bersama Kapten Haniff Hamidi menerusi Instagram. Walaupun baru first time jumpa sejak lahir tahun lepas, Fahri nampaknya tidak kekok untuk bermanja di pangkuan bapanya. Si comel itu malah beberapa kali memeluk serta buat percubaan untuk ‘makan’ dagu Kapten Haniff. Dalam pada itu, Dayah Bakar turut menghiburkan gelagat anaknya sambil merakam moment indah berkenaan.
Sedap sangat tu makan dagu baba dia…jangan comel sangat please baby Fahri
Rakaman yang berdurasi 49 saat itu turut mendapat perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen memuji gelagat comel yang ditunjukkan oleh anak lelaki Dayah Bakar. Bukan itu sahaja, mereka turut berseloroh bahawa muka Fahri melakukan perkara tersebut kerana dia terlalu sayangkan bapanya.
Sumber: Instagram Dayah BakarÂ