Tidak dinafikan, terdapat sebahagian antara anda pasti mempunyai perangai suka mengusik, kan? Bukan sahaja sering menjadikan insan terdekat sebagai ‘sasaran’, malah silap-silap ia sudah satu kebiasaan dek kerana teruja melihat reaksi mereka. Tambahan pula, perkara itu boleh mewujudkan sebuah kemesraan serta memeriahkan lagi suasana. Demikianlah gambaran boleh dilihat menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok yang telah tular baru-baru ini.
BACA:Â Hidup Serba Daif, Nenek Hanya Minta Susu Pekat Manis Nak Bagi Cucu Minum Sahaja
Tunjuk cara menari macam TikTok…sakan berjoget baru nenek perasan kena usik dengan cucu
Seorang jejaka berkongsi video ketika mengusik neneknya yang melatah dengan membuat tarian popular di aplikasi TikTok. Pada mulanya lelaki berkenaan hanya menunjukkan beberapa pergerakan tangan, namun tidak semena-mena warga emas tersebut turut menari sekali. Dia yang sedang sakan berjoget comel sambil duduk di atas katil lantas berhenti setelah menyedari dirinya diusik.
@buzzuz
Comelnya nenek dia buat macam tu, sporting betul…semoga diberikan kesihatan yang baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata terhibur melihat reaksi sporting nenek itu selepas diusik oleh cucu kesayangannya. Selain mendoakan agar warga emas tersebut diberikan kesihatan, mereka juga turut meluahkan kerinduan pada nenek masing-masing. Secara keseluruhan, paparan itu telah meraih lebih 10o ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok buzzuz