Saban hari, jangkitan COVID-19 dilihat semakin meningkat dan perkara itu nyata menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Selain ujian saringan, kuarantin diri antara usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak demi memastikan tiada sebarang jangkitan. Tidak ketinggalan, Datin Shahida juga berkongsi video di Instagram tatkala menjalani swab test baru-baru ini.
BACA:Â Bebas COVID-19, Alif Satar Lepas Rindu Dengan Family Sebelum Kembali Bekerja
Jadi kontak rapat adik yang kerja sebagai jururawat & positif COVID-19
Ia susulan apabila Datin Shahida menjadi kontak rapat kepada isteri adiknya yang juga merupakan seorang jururawat. Lebih menyedihkan, adik iparnya itu disahkan positif COVID-19 gara-gara dijangkiti daripada patient. Bahkan, beliau mengambil inisiatif dengan mengkuarantinkan diri secara sendirian memandangkan ahli keluarga yang lain tidak mendapat jangkitan tersebut.
Harap masyarakat tak fikir negatif…anak menangis, tapi keselamatan lebih penting (swipe left)
Ujarnya, perkara tersebut dikongsi agar tidak timbul tanggapan negatif masyarakat terhadapnya. Biarpun anak-anaknya sedih kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu, namun Datin Shahida tetap akur demi menjaga keselamatan mereka. Dalam pada itu, beliau turut berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraannya dan insan yang dijangkiti wabak berkenaan.
Semoga cepat sembuh…Allah sentiasa bersama orang yang baik-baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Datin Shahida serta keluarga adiknya. Selain itu, mereka turut memberikan kata-kata semangat supaya beliau kuat menghadapi ujian tersebut.
Sumber: Instagram shahidadherbs