Pada 1 November 2019 iaitu hari Jumaat lalu, aktres Eyra Hazali telah selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli. Meskipun pelakon drama Mr Grey tersebut masih lagi muda, namun berita gembira tentang perkahwinan itu turut mendapat perhatian netizen yang terus-terusan mengucapkan tahniah buat mempelai. Terbaru di Twitter juga, Eyra sempat berkongsikan sebuah video pendek menyaksikan satu detik bermakna dalam persandingannya bersama suami.
BACA : [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin
Bertemakan ala-ala putera puteri dalam dunia salju, pemakaian busana berona putih seolah-olah menaikkan lagi aura raja sehari berkenaan. Dengan warna biru lembut beserta perletakan dekorasi yang pelbagai, namun pentas persandingan mereka kelihatan begitu ‘hidup’ ditambah pula dengan kehadiran begitu ramai tetamu yang memeriahkan majlis berkenaan.
Dia yang suruh kami kahwin cepat
Menerusi Twitter aktres muda ini, dia sempat meluahkan kesedihan kerana abangnya iaitu Muhammad Haziq Aqmal Hazali tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya kerana berkelana di Jepun. Selaku pengantin, siapalah yang tidak sedih apabila hari bermakna kita tidak dihadiri oleh adik beradik sendiri bukan? Namun begitu, kesedihan yang dirasai terus berlalu pergi apabila Eyra menerima sebuah kejutan besar sehingga dirinya gagal menahan sebak.
I told everything about my relationship to my brother and my brother yang suruh kami kahwin cepat. I was sad because my only abang takde on my wedding day,and i dont expect at all he’d travel all the way from Japan to make me happy 🥺❤️ pic.twitter.com/8qTIPAj3HP
— EH (@EyraHazali21) November 4, 2019
Kita pula yang emosi tengok video ni
Ketika pelakon ‘Nur 2’ itu dan suami bersanding di pelamin, muncul sekumpulan pemuda bertopeng yang membuat persembahan silat. Selepas semuanya selesai dan semua pesilat tersebut bersalaman dengan mempelai, rupanya individu terakhir itu adalah si abang yang kononnya tidak dapat hadir pada majlis adiknya itu. Sudah mendapat lebih 12 ribu retweet, nampaknya ramai juga yang turut sebak melihat pertemuan adik beradik berkenaan.
Sumber : Twitter Eyra Hazali