Siapa yang sentiasa mengikuti perkembangan pengacara terkenal iaitu Dayah Bakar pasti tahu kisah hidupnya bersama suami bernama Kapten Hanif Hamidi. Personaliti TV ini menjadi perbualan ramai apabila dia tidak berjumpa suaminya selama lebih setahun dari dia mula mengandung hingga melahirkan anak sulung mereka.
BACA: “Cantik Tak Aafiyah Pakai Tudung?” Anak Pantang Dipuji Terus Lari Dakap Ayah
Pertama kali reunion setelah 377 hari…anak tak meragam pertama kali jumpa ayahnya
Semalam, Dayah Bakar berkongsi video perjalanannya untuk berjumpa Kapten Hanif Hamidi setelah 377 hari terpisah. Jelas terpancar keterujaan di wajah suami Dayah Bakar yang pertama kali membuat pertemuan fizikal dengan anaknya bernama Achbar Muhammad Fahri. Anak kecil itu juga kelihatan tidak meragam apabila didukung oleh bapanya walaupun tidak pernah berjumpa.
Pelbagai cabaran di hadapi sebelum bertemu…suami siap buat suprise kat rumah
Difahamkan, Dayah Bakar dan Fahri perlu menjalani kuarantin selama 2 minggu sebelum menaiki 3 kali penerbangan di Australia untuk bertemu Kapten Hanif. Tidak disangka, suaminya juga membuat suprise di rumah untuk menyambut kehadiran insan tersayang. Dayah Bakar turut meluahkan rasa syukur disatukan kembali keluarganya menerusi kapsyen Instagram.
Rakan artis terus sebak…’banjir’ tengok video ni
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis sebak melihat video pertemuan keluarga kecil itu dan mereka mendoakan kebahagiannya. Video penuh emosi itu telah mendapat tontonan lebih 1 juta setakat ini.
Sumber: Instagram dayahbakar