Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

12th March 2020
in Viral
Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Belum habis panik orang awam setelah pihak kesihatan global mengumumkan Covid-19 berada pada tahap pandemik, kini rakyat Malaysia pula menerima perkhabaran merisaukan. Di saat negara kita sudah hampir bebas daripada wabak ini beberapa bulan lalu, beberapa faktor melibatkan perjalanan keluar masuk ke negara berjangkit semakin memburukkan keadaan semasa. Jumlah kumulatifnya juga sudah mencecah seramai 150 orang.

BACA : Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai-Musibah Virus Ni Bersebab

Pertama kali dikesan secara rawak dalam masyarakat

Terbaru menerusi laporan daripada pihak KKM, Malaysia disahkan menerima case ‘sporadic’ pertama pada hari semalam. Untuk yang kurang faham dengan istilah berkenaan, ia sebenarnya merujuk kepada satu tahap di mana koronavirus akan menjangkiti manusia secara rawak. Sebenarnya pada bulan lalu, negara jiran iaitu Singapura juga menerima 4 case sporadic sehingga mendesak mereka menaikkan level berjaga-jaga daripada tahap kuning ke jingga.

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19
Gambar sekadar hiasan

Tak melancong pun boleh kena Covid-19

Jika sebelum ini orang awam dinasihatkan secara tegas agar tidak melancong ke luar negara kerana dikhuatiri membawa balik jangkitan, kini semua menjadi sebaliknya. Ternyata keadaan ini perlu diambil serius sekiranya masih ada yang masih bersikap sambil lewa atau mementingkan diri. Meskipun anda tidak pernah terbang ke mana-mana negara berisiko tinggi mahupun berhubung rapat dengan penghidap, jangkitan berkenaan masih boleh tercetus tanpa disedari.

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19
Gambar sekadar hiasan

Jangan lupa pakai mask dan hand sanitizer

Menjengah ke ruangan Twitter KKM pula, kebanyakan netizen benar-benar paranoid dan menyuarakan kegusaran mereka. Sedar bahawa tahap koronavirus sudah disahkan ‘sporadic’ oleh pihak berwajib, mereka berharap semua dapat melakukan langkah berjaga-jaga. Ada juga yang mencadangkan agar KKM mengeluarkan senarai lokasi ‘panas’ yang dijangkiti agar mereka menghindarkan diri dari sana.

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

Sumber : Facebook KKM, Twitter KKM, Portal NST

 

Tags: berjangkitkontakKoronaviruspandemiksporadic
Next Post
Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

Nurse Tunjuk Cara Pakai Hand Sanitizer, Tak Sangka Ramai Pula Terjatuh Cinta

Pandaeyes Blouse Rissa Linen
Penyedut & Pembersih Lantai Tanpa Wayar - Pantas & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)