Suami isteri perlulah belajar menghargai pengorbanan masing-masing. Mungkin ramai yang terlepas pandang, tapi para suami yang ingin memperolehi rezeki yang melimpah-ruah hendaklah membahagiakan isteri secara berterusan. Hakikatnya terdapat banyak cara yang boleh para suami lakukan mengikut kemampuan masing-masing.
BACA:Â Dalam Relationship Kena Ada Trust, Untuk Bina Rasa Sayang Mesti Ada Komunikasi
Abang takkan pernah buat awak menyesal kenal abang
Baru-baru ini, influncer terkenal iaitu Hafiz Mahamad sekali lagi telah membuatkan hati netizen cair apabila memberikan kejutan istimewa kepada isterinya, Syafiqah Aina. Melalui video terbaru di laman Instagram miliknya, wanita tersebut nyata sangat terkejut apabila ada seorang pelayan restoran yang secara tiba-tiba meletakkan hadiah di atas meja makan mereka.
Abang nak awak tengok effort & tanggungjawab abang
Sebagai suami, Hafiz akui sangat menitikberatkan jalinan kasih sayang dalam keluarga serta risau sekiranya tak mampu membahagiakan isteri tercinta. Malah usahawan tersebut sentiasa membuat semakan pada setiap bulan bagi memastikan nafkah bagi isterinya sentiasa mencukupi. Walaupun ada individu yang mempersoalkan tindakannya konon ikut kehendak isteri saja, namun Hafiz tenang mengendahkannya sambil menegaskan Syafiqah Aina bukanlah jenis yang suka meminta.
Untungnya Syafiqah memiliki Hafiz…Lelaki kiriman Tuhan
Menjengah ruang komen, ramai netizen memuji Hafiz yang tak pernah jemu membahagiakan isterinya. Ada juga sesetengah pihak menjadikannya sebagai idola atau ciri-ciri calon suami contoh yang diimpikan.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad