Zaman mencabar sekarang, rata-rata masyarakat di negara kita sering mengalami masalah stres di tempat kerja. Malah tidak dinafikan, perangai majikan juga menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada tekanan tersebut.
BACA:Â Kenapa Takut Nak Demand Gaji Lebih RM2000? Sebab Tu Majikan Makin Naik Kepala
Banyak tanggungjawab & kurang motivasi…dianggap tertekan kalau tak gembira datang kerja
Menerusi perkongsian Facebook, Ir. Abdul Rahman menyatakan seseorang itu bukan sahaja stres disebabkan oleh banyak tanggungjawab yang dipikul malahan kekurangan motivasi gara-gara diberikan markah prestasi rendah. Ujarnya, mereka dianggap tertekan sekiranya berhadapan dengan masalah kemurungan serta tidak gembira apabila datang bekerja.
Majikan jangan hukum melulu kalau staf ambil cuti…lebih baik bincang & cari solusi
Buat para majikan pula, anda disaran mencari solusi sepatutnya jika terdapat staf yang sering mengambil cuti. Malah nasihat juga boleh diperoleh daripada bantuan luar seperti pihak kaunseling. Selain kena menjaga tutur kata, Ir. Abdul Rahman turut mengalakkan agar majikan mengambil tahu masalah pekerja. Dalam pada itu, janganlah hukum mereka secara melulu tanpa sebarang perbincangan.
Kena berani jumpa majikan kalau ada benda yang perlu dibincangkan
Beliau turut mengingatkan para pekerja agar sentiasa memberanikan diri untuk berhadapan dengan pihak atasan sekiranya ada perkara yang perlu dibincangkan. Bahkan sokongan moral juga perlu diberikan kepada mereka yang mengalami tekanan.
Sumber: Facebook Ir. Abdul Rahman Bahasa Page