Lewat petang kelmarin industri hiburan tempatan kecoh dengan sebuah perkongsian video dari Aaron Aziz. Video tersebut menceritakan hal sebenar disebalik pengguguran nama pelakon kelahiran Singapura dari filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof. Apa yang lebih mengejutkan, pelakon yang popular menerusi watak Malek itu mendedahkan dirinya diminta oleh Syamsul untuk menyuntik supplemen ke tubuhnya agar bentuk badannya menjadi lebih ideal. Video itu dibuat selepas Syamsul mendakwa dua pelakon filem tersebut iaitu Beto Kusyairy dan Sharnaaz tidak terlalu yakin dengan kemampuan Aaron untuk membintangi filem tersebut atas faktor kesihatan dan berat badan.
BACA:Â Jangan Sampai Aku Pula Jumpa Kau, Syamsul Beri Amaran Kepada Caprice
Hormati Ramadan, Hentikanlah Berbalah
Menerusi Instastory yang dikongsi oleh Sharnaaz Ahmad, beliau meminta agar orang ramai menghormati Ramadan dan menghentikan segala perbalahan melibatkan Aaron dan Syamsul. Beliau menambah bahawa syaitan itu sendiri sedang “bercuti”, oleh itu siapakah syaitan sebenarnya.
Anggap Diri Professional
Beliau juga ada menyatakan bahawa dirinya seorang professional dan tidak akan meninggalkan filem dibintanginya jika ia belum siap selepas diminta oleh peminat untuk menarik diri dari filem arahan Syamsul Yusof.
Bimbang Aib Sendiri Terbuka
Beliau juga menambah dirinya menghormati pengarah tersohor itu atas hasil kerjanya dan menyatakan bahawa hanya yang tahu sahaja akan tahu berkenaan isu tersebut. Menutup katanya, pelakon berusia 38 tahun itu menyuarakan kebimbangan jika terlalu banyak berbicara, aib sendiri akan terbuka.
Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad