Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mendapat tahu si suami yang dipercayai sepenuh hati tergamak bermain kayu tiga dibelakangnya. Paling tidak disangka-sangka, wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya adalah kakak kandungnya sendiri.
Suami terlanjur dengan kakak ipar sampai hamil
Bercerita mengenai kisah tersebut, wanita ini mengakui buntu bagaimana cara mahu menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dalam keadaan dirinya dan kakak kandungnya sedang berbadan dua hasil benih dari seorang lelaki yang sama.
Tak mahu cerai sebab dihimpit masalah kewangan
Meskipun berat untuk ditelan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan si suami merupakan sumber pendapatannya selama 20 tahun mereka berumah tangga. Tambah wanita ini lagi, dia bimbang akan dihimpit dengan masalah kewangan dan tidak mampu menyara kehidupannya dan anak pada masa akan datang sekiranya dia dan suami berpisah. Menurutnya lagi, sepanjang perkahwinan, dia dapat memenuhi segala kemahuannya termasuk rumah, memiliki sebuah keluarga yang lengkap sempurna dan sempurna.
Suami pujuk beli barang mewah
Suaminya juga telah meminta maaf atas perbuatan terlarangnya sehingga kakak iparnya itu berbadan dua. Tambahnya lagi, sejak daripada itu, si suami cuba memujuknya dan sering memanjakannya dengan membeli pelbagai hadiah mewah termasuk mahu membelikannya rumah, kereta dan sebagainya.
Sumber: Mirror UK