Tidak dinafikan, menjadi salah seorang pekerja off-shore pasti akan mendapat gaji yang lumayan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya terpaksa menerima realiti pahit apabila terpaksa berhadapan risiko tinggi di lautan selain berjauhan dengan keluarga tersayang selama beberapa bulan.
BACA:Â [VIDEO] “Padan Gaji Tinggi”- Gabra Lari Dihempas Ombak, Realiti Kerja Off-Shore
Hamil 3 bulan, suami dipanggil kerja off-shore… pasrah pergi check-up & beli barang tanpa suami
Menerusi TikTok, seorang wanita bernama Nur Syuhada Ismail telah membuat throwback apabila disahkan hamil anak sulungnya. Walau bagaimanapun, suaminya dipanggil untuk berkhidmat di lautan sewaktu kandungannya berusia 3 bulan. Sejak itu, segala aktiviti seperti membeli barangan bayi dan check-up akan dilakukan sendirian atau bersama ibu bapanya.
@shude.zr Pregnant while husband hustle with storm and rain in the ocean. It’s hard, really hard, but all is worth it. #seafarerswifelife #fyp #fypシ
Selamat lahirkan baby girl, masih sabar menanti kepulangan suami…
Dalam satu lagi video, Nur Syuhada sudah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberikan nama Zara Raisa. Walau bagaimanapun, ibu berkenaan masih sabar menantikan kepulangan suami bertemankan cahaya matanya yang masih kecil itu. Selain itu, dia juga mendoakan agar suaminya berada dalam keadaan baik ketika menjalankan tugas di lautan.
@shude.zr
Semoga dipermudahkan segala urusan… Kuat betul sis seorang diri macam ni…
Video berdurasi 58 saat berkenaan meraih lebih 260 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata netizen menitipkan doa agar ibu tersebut kekal tabah selain berkongsi pengalaman masing-masing yang terpaksa berjauhan dengan suami ketika hamil.
Sumber: TikTok Nur Syuhada Ismail