Menjadi lumrah bagi seorang isteri untuk melakukan kerja-kerja di rumah tatkala suami mencari nafkah. Namun, alangkah menyedihkan apabila wujud stigma bahawa isteri merupakan seorang yang pemalas ketika baru sahaja hendak berehat. Sesungguhnya mereka juga manusia biasa yang tahu erti penat. Maka tidak salah untuk suami memberi ruang kepada isteri menenangkan fikiran.
BACA :Â [VIDEO] Ingatkan Ajak Pergi Pasar, Tak Sangka Suami Bagi Surprise Rantai Emas
Ingatkan waktu berehat ni sia-sia…kalau ada masa lebih baik buat kerja
Menerusi perkongsian Dr. Redza Zainol di Twitter, beliau menceritakan kisah tatkala memerhati gerak-geri isterinya yang sedang berehat sambil menonton drama Korea. Pada awalnya, saudara Redza berpendapat bahawa aktiviti berehat merupakan sesuatu yang sia-sia dan hanya untuk orang pemalas. Daripada berbuat demikian, lelaki ini berpendapat agar melakukan kerja jika ada masa yang terluang.
Berehat untuk keluar daripada ’emotional burnout’…penat emosi tak nampak pada mata kasar
Walau bagaimanapun, Doktor Redza akur bahawa tanggapannya selama ini adalah salah. Hal ini kerana beliau sediri sudah merasai keletihan daripada segi fizikal dan emosi ketika menjaga anak sepanjang hari. Doktor Redza pernah berpendapat bahawa isterinya hanya penat secara fizikal namun, sebenarnya tujuan dia berehat adalah untuk keluar daripada ’emotional burnout’.  Beliau juga menekankan supaya para suami sentiasa berhati-hati kerana penat emosi adalah sesuatu yang tidak terlihat daripada mata kasar.
Sumber : Twitter Dr. Redza