Sama ada sudah lama atau baru melangkah kaki ke alam perkahwinan, setiap suami isteri pastinya mengimpikan keindahan dan kesempurnaan dalam rumah tangga kan? Namun hakikatnya terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari terutamanya dalam aspek memahami hati masing-masing.
BACA: Suami Nampak Isteri Terbaring Lesu Macam Pemalas, Rupanya Emosi Tengah Penat
Bukan cuma kongsi harta benda…ada naik turun dalam relationship…bukan semua lelaki faham kehendak perempuan
Menurut pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin ini, melayari bahtera perkahwinan bukan hanya untuk berkongsi harta atau rumah semata-mata. Akan tetapi, skopnya lebih luas termasuklah cara kita meluahkan segala masalah atau bercerita kepada partner masing-masing. Naik turun sesebuah perhubungan itu adalah lumrah dalam perkahwinan kerana tak semuanya indah belaka. Sebagai contoh golongan wanita perlu tahu bahawa para suami ada kalanya susah untuk memahami kehendak isteri melainkan kalau diberi penjelasan yang lebih tepat.
Saling kerjasama nak stay lama…tahu tanggungjawab masing-masing & elakkan penting diri dalam hubungan
Jelasnya lagi, suami isteri perlu perbanyakkan sikap tolak ansur dan kerap bertoleransi bagi memastikan usia perkahwinan berkekalan. Justeru, tak perlu persoalkan siapa yang lebih hebat kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Selain itu, sikap pentingkan diri adalah perkara ‘wajib’ yang perlu dielakkan dalam relationship. Dalam pada itu, Firdaus turut menegaskan bahawa perkahwinan hanyalah untuk mereka yang sudah bersedia jalankan tanggungjawab. Sekiranya tak mampu dipikul, sikap sebegitu mungkin boleh mengundang perpisahan.
Sumber: Firdaus Shakirin