Daripada lamaran di Eiffel Tower, rumah tangga Nadia Brian dan suaminya iaitu Muizz Nasruddin sering menjadi perhatian ramai pihak. Sekitar Ogos lalu, pelakon itu menafikan dakwaan bahawa perkahwinannya sedang bergolak. Namun baru-baru ini, suaminya telah berkongsi satu luahan yang agak mengejutkan pula.
BACA:Â Nangis Tak Dapat Enjoy Zaman Muda, Wanita Dedah Cabaran Kahwin Umur 19 Tahun
Kecewa dikhianati orang tersayang, semua yang dilakukan bagaikan tak mencukupi
Dalam posting berkenaan, ahli perniagaan terbabit mengakui berasa sangat kecewa apabila dikhianati oleh insan yang tersayang. Dia juga dikatakan telah melakukan yang terbaik tetapi individu tersebut bagaikan tidak menghargai usahanya. Muizz turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberikan sokongan serta berharap ada keadilan nanti.
Anggap sebagai satu ujian, mohon doakan kesejahteraan rumah tangga
Memetik laporan Harian Metro, aktres Nadia Brian memohon orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan rumah tangganya itu. Menurut pelakon cantik berusia 29 tahun berkenaan, situasi ini dianggap seperti sebuah ujian buat dirinya sebagai seorang manusia biasa.
Setiap perkahwinan ada pasang surut, harap orang ramai tak buat sebarang andaian
Selain itu, pelakon filem ‘Ratu Kala Jengking’ ini masih percaya bahawa setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Kini, selebriti tersebut memaklumkan bahawa situasi itu bukanlah sesuatu yang memudaratkan dan berharap orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.
Sumber: IG Muizz Nasruddin, FB Harian Metro