Berita perkahwinan pengacara terkenal bernama Dayah Bakar pernah menjadi viral dahulu. Mana tidaknya, ramai netizen yang menyifatkan kisah cinta suami isteri ini sebagai sweet memandangkan kedua-dua mereka merupakan rakan baik sejak zaman sekolah lagi. Bahkan sehingga kini, pelbagai video Dayah mengenai ‘Encik Suami’ yang bertugas sebagai seorang askar sering menyentuh emosi peminat mereka di Instagram.
BACA :Â [VIDEO] Suami Dapat Panggilan Tugas Ke Australia, Isteri Payah Lepaskan Pergi
Dikurniakan rezeki zuriat pertama dalam rumah tangga
Kini setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga sejak 2017, Dayah akhirnya membuat pengumuman yang cukup menggembirakan sekali. Jika selama ini rumah tangganya hanya bertemankan suami iaitu Kapten Hanif Hamidi, kali ini Allah mengurniakan rezeki zuriat pertama dan pastinya ia bakal menambahkan kebahagiaan mereka berdua.
Dah sampai masa kongsi berita baik ni
Sebentar tadi menerusi Instagram, Dayah dengan penuh rasa syukur berkongsikan berita gembira tersebut setelah lama berahsia. Lebih mengejutkan, kandungannya kini sudah memasuki fasa second trimester (13-18 minggu). Dia juga sempat memuat naik gambar ketika suami isteri ini masih bayi. Mungkin ia menjadi simbolik keterujaan menyambut zuriat pertama itu kelak. Jadi, Dayah berharap para peminat boleh mendoakan yang terbaik kepada mereka berdua.
Dah agak Kak Dayah mengadung…Pakai baju besar
Mengetahui pengumuman tersebut, ruangan posting itu mula dibanjiri komen daripada pihak netizen. Selain mengucapkan tahniah, rupanya ramai yang sudah dapat menghidu kehamilan itu memandangkan Dayah dilihat kerap memakai baju besar-besar sejak kebelakangan ini.
Sumber : Instagram Dayah Bakar