Golongan wanita dan rutin mekap memang tak boleh dipisahkan kerana semuanya pasti ingin tampil anggun dan menawan. Akan tetapi, pelbagai masalah boleh timbul apabila ramai yang tidak menanggalkan solekan pada wajah dengan sebersih-bersihnya. Sikap mengambil rendah aspek tersebut boleh mengakibatkan wajah mengalami alahan, terkena jangkitan, breakout dan sebagainya.
BACA:Â Kurangkan Tabiat Jilat Bibir Kering, Air Liur Bukan Sebagus Lip Balm
Benjolan pada mata kerana kelenjar berminyak tersumbat…mungkin punca daripada solekan
Menerusi sebuah posting dimuat naik ke Instagram pada hujung tahun lepas, penyanyi Sarah Suhairi mendedahkan terkena jangkitan kuman hingga menyebabkan kelopak matanya bernanah. Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat benjolan dalam kelopak matanya gara-gara kelenjar berminyak tersumbat. Ujarnya lagi, ia mungkin berpunca daripada solekan yang tidak dibersihkan secara teliti.
Cuci muka bersih-bersih bila tanggalkan mekap…jangkitan kuman juga boleh datang daripada persekitaran
Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 20 tahun tersebut bersyukur apabila matanya kini pulih sepenuhnya. Serik dan mengakui apa yang dialami itu cukup memberi iktibar, dia sendiri akan lebih berjaga-jaga serta membersihkan solekan pada wajahnya sebaik mungkin. Selain aspek kepentingan mencuci muka, Sarah Suhairi turut menasihati semua wanita khususnya yang aktif bersukan agar mengambil serius perkara ini kerana jangkitan juga boleh berpunca daripada kuman yang ada terdapat pada persekitaran.
Sumber: Harian Metro & Instagram Sarah Suhari