Ibu bapa mana tidak gembira melihat anak mereka berada dalam mood baik dengan bernyanyi dan menari riang? Gelagat bayi yang berusia 2 tahun bernama Siti Aafiyah semakin mendapat perhatian ramai apabila anak penyanyi tersohor tersebut pandai mengambil hati ibunya walaupun selepas melakukan kesilapan.
BACA:Â [VIDEO] Allah, Baru Hari Ini Ibu Dengar Aafiyah Sebut Datuk Siti Nurhaliza..
Senang hati betul…siap ajak ibu join nyanyi pulaÂ
Menerusi perkongsian di Instagram Siti Aafiyah, Dato’ Sri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira apabila melihat puteri kecilnya tidak lagi meragam seperti sebelum ini. Sedang melihat kegembiraan anak, DS Siti Nurhaliza juga tidak menghampakan permintaannya apabila dia mengajak untuk bernyanyi bersama.
Menyanyi lagi…Aafiyah siap feeling depan cermin
Dalam rakaman tersebut, Aafiyah menyanyi dan menari di hadapan ibunya dengan senang hati. Dengan tangan yang sedang memegang alat tulis, si cilik itu terus meluru ke sebelah cermin dan mula menconteng. Lebih menghiburkan, puteri kecil itu mendengar arahan ibunya sambil menyanyi dengan penuh perasaan di hadapan cermin.
Alahai comel suara…pandai cover line terus nyanyiÂ
Siapa sangka, video tersebut telah mendapat lebih 17 ribu tontonan setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aafiyah yang pandai menyembunyikan perasaan takutnya.. Malah ramai juga mengakui bayi tersebut bijak mengambil hati ibunya walaupun selepas melakukan kesilapan.
Sumber: Instagram Aafiyahkhalid