Perjalanan mendapat zuriat bukanlah satu proses mudah bagi seseorang yang bergelar isteri. Ada yang terpaksa menunggu selama bertahun-tahun sebelum dapat merasai nikmat menimang cahaya mata. Tidak terkecuali, pelakon dan penyampai radio iaitu Siti Elizad kini juga dalam usaha membuat rawatan kesuburan IVF untuk hamil.
BACA:Â Setelah Bertahun Sabar Menanti, Dayah Bakar Dedah Sedang Hamil Zuriat Sulung
Kongsi foto jalani rawatan IVF di Instagram…buat di pusat perubatan swasta
Semalam, Siti Elizad sempat memuat naik beberapa keping foto perkembangan terbaru tentang proses berkenaan menerusi akaun Instagramnya. Pelakon drama ‘Puteri Yang Ditukar’ itu telah menjalani rawatan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta.
Proses IVF berjalan lancar, Elizad teruja tunggu keputusan lanjut…mohon doa orang ramai
Setelah selesai jalani rawatan kesuburan IVF, Elizad sempat meluahkan rasa syukur dan dalam masa yang sama berasa teruja bagi menantikan keputusan yang seterusnya. Dalam pada itu, Elizad turut meminta orang ramai agar mendoakan segala urusannya dipermudahkan.
Terima doa dari orang ramai dan rakan artis…harap sentiasa kawal emosi dari stres
Melalui perkongsian tersebut, ramai peminat dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat serta menitipkan doa buat dirinya agar segala urusan dipermudahkan. Selain turut teruja menantikan keputusan IVF itu, mereka juga menyarankan agar aktres tersebut sentiasa mengawal emosinya dengan menjauhkan diri daripada perkara yang stres.
Sumber: Instagram elizadsharifuddin