Begitu hebatnya aturan Tuhan, bercinta bertahun lamanya pun masih belum tentu insan yang dikasihi akan menjadi milik kita selamanya. Begitu jugalah dengan sebalinya. Itulah antara pahit manis dalam sesebuah hubungan, hakitkatnya tidak semua manusia memiliki hati yang teguh dan mampu setia pada cinta sejatinya.
BACA: Bercinta Sebelum Kahwin Lebih Selamat, Boleh Kenal Perangai Si Dia Depan-Depan
Kenal rakan-rakannya, ambil tahu semua benda
Merujuk kepada situasi semasa, seorang pemuda dikenali sebagai @albashrie berasa terpanggil untuk berkongsi pendapatnya mengenai masalah dalam rumah tangga. Sebelum sesebuah hubungan itu pergi lebih jauh, adalah lebih baik jika setiap pihak bersikap ambil tahu tentang latar belakang pergaulan masing-masing terutamanya jenis kenalan serta tempat yang sering dituju.
Ada banyak cara nak kenal hati budi waktu zaman sekarang
Malah katanya lagi, kalau nak dibandingkan dengan zaman mak ayah kita dulu memanglah sangat jauh bezanya. Apalagi bila wujudnya medium penyebaran fitnah yang sukar dikawal pada waktu sekarang. Meskipun begitu, anjuran untuk mengenali hati budi masing-masing boleh dilakukan melalui pelbagai cara selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Jangan letak high expectation dekat si dia
Ternyata perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat buat warganet sehingga memperoleh lebih seribu retweets setakat ini. Ada juga yang mencadangkan supaya tidak meletakkan expectation yang tinggi buat calon sebelum melangsungkan perkahwinan.
Sumber: Twitter @albashrie