Berita perpisahan di kalangan artis sudah tidak asing lagi dan sentiasa mencuri tumpuan netizen di Malaysia. Isu-isu sebegini sering menjadi tajuk utama carian di ‘google’ mahupun di media sosial. Begitu juga dengan konflik yang berterusan di antara pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa.
BACA:Â “Saya Dah Penatlah Tanggung Biawak Hidup”- Fatin Afeefa Mahu Diri Disara Suami
“Saya ada dengar juga cerita pasal biawak hidup itu”
Adam Shahz melalui temubual bersama Melodi, menegaskan bahawa dirinya tidak terkesan lansung dengan dakwaan ‘dah penat tanggung biawak hidup’ yang dilemparkan oleh Fatin Afeefa di media sosial. Adam menjelaskan bahawa tiada sebab untuk dia dilabelkan ‘biawak hidup’ kerana masih aktif bekerja sebagai pelakon. Selain itu, Adam berkata saya bukan orang yang hanya duduk di rumah main telefon saja, sebab saya buat bermacam-macam kerja. Tidak hanya itu, Adam juga turut terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan.
Orang yang kenal saya memang tahu kehidupan saya sejak dari dulu
Tegas pelakon drama Juvana ini lagi, tiada sebab untuk dia melenting kerana hal biawak itu tiada kena mengena dengan dirinya, “mungkin biawak hidup lain” katanya. Tambahnya lagi dia akan sentiasa buat yang terbaik dalam hidup selagi ada kudrat.
Tidak dapat jumpa anak, tidak pasti apa sebab dihalang
Sudah empat bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia walaupun sekarang tengah cuti sekolah. Adam merasakan pihak disebelah sana mungkin mempunyai alasan yang tertentu untuk tidak membenarkannya bertemu Sophia kerana sebelum ini tetap boleh jumpa walaupun tiga ke empat jam sahaja.
@adamshahz30 Cinta Hati #cintahati #fyp #fypã‚· #fypage #tiktok #daughter #love #2022 #playground #qualitytime #throwback
Buat perjanjian di luar mahkamah tidak mendatangkan hasil
Adam Shahz juga turut menasihati pasangan yang berpisah diluar sana agar menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang didalam mahkamah supaya tidak timbul isu dikemudian hari.
Kredit: YouTube TV3MALAYSIA.