Pengorbanan seorang isteri dalam membawa kandungan masing-masing selama berbulan lamanya memang tidak ternilai. Bukan sahaja mengalami fasa mual-mual, malahan keadaan tulang mereka juga boleh mengalami ketidakselesaan teruk lebih-lebih lagi menghampiri hari bersalin. Sebab itulah suami harus lebih menghargai pengorbanan besar tersebut seperti yang diluahkan oleh pelakon terkenal ini, Saharul Ridzwan kepada isterinya.
BACA : Duit Tak Banyak Tapi Aku Penuhi Keperluan Isteri Dulu, Life Bukan Main-Main..
Dua tiga hari ni saya tenung dia masa tidur
Seperti yang diketahui, suri hati jelitanya iaitu Deena Emir telah disahkan hamil anak kedua dan berita gembira itu mula kecoh diperkatakan pada penghujung Oktober lalu. Mendengar tentang perkabaran itu, ramai peminat menitipkan ucapan tahniah dan turut menumpang gembira. Baru-baru ini juga, posting yang dikarang oleh Saharul sekali lagi mendapat perhatian netizen.
Dia asyik terbaring sebab penat sangat
Dalam kapsyen berkenaan, aktor kacak ini membuat kata-kata penghargaan setelah melihat kepenatan isterinya membawa kandungan kedua. Jelasnya lagi, pengalaman kali ini menyaksikan Deena kelihatan sangat tidak bermaya jika hendak dibandingkan dengan kandungan anak pertama dahulu. Jangan kata malas bersiap, memuat naik gambar ke media sosial pun sudah jarang dilakukan olehnya sejak akhir-akhir ini.
Rasanya wife dengar ucapan ni pun dah bahagia tu
Sebagai suami, Saharul mengakui pengorbanan Denna mengandungkan zuriat baru itu memang sangat besar dan dirinya sangat bersyukur. Oleh itu, dia sempat mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sekali gus menitipkan doa agar bidadarinya itu diberikan kekuatan oleh Allah dalam mengharungi fasa perit berkenaan. Melihat kepada ruangan komen juga, rata-rata netizen sebak dengan ucapan romantis yang dikarang oleh pelakon ini.Â
Sumber : Instagram Saharul Ridzwan