Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

6th March 2020
in Viral
Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak
658
SHARES
3.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Ada gembira, ada juga yang menangis. Demikianlah 1001 perasaan calon-calon peperiksaan SPM 2019 selepas menerima keputusan mereka pada semalam. Meskipun batch 2002 ini berhadapan banyak konflik khususnya melibatkan subjek Sejarah dan juga Matematik Tambahan, namun secara keseluruhan gred kecemerlangan mereka meningkat berbanding tahun lalu. Di sebalik detik gembira yang menjadi viral, ada juga individu berkongsikan kisah duka.

BACA : [VIDE] Kecoh Result Keluar Minggu Depan, Rupanya Ini Cara Penghantaran Slip SPM

Rezeki Ammar melimpah di akhirat sana

Salah satunya yang dimaksudkan adalah perkongsian daripada pengguna Twitter bernama Mirul Syazwan ini. Tatkala orang lain memuat naik gambar slip peperiksaan yang memaparkan keputusan cemerlang, dia pula seolah-olah mengejutkan ramai dengan deretan gred ‘T’ (Tidak Hadir). Pastinya perkongsian berkenaan membuatkan ramai tertanya-tanya memandangkan ia agak jarang dilihat.

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Tak sempat jawab SPM 2019 sebab kanser usus

Namun rupa-rupanya, keputusan itu bukanlah miliknya sendiri. Difahamkan empunya slip berkenaan yang juga digelar sebagai ‘Angah’ telah pergi bertemu Ilahi akibat menghidap kanser usus. Disebabkan ujian berat itu juga, Allahyarham Ammar tidak berkesempatan untuk menduduki peperiksaan besar tersebut. Maka sebab itu, Mirul sempat juga menitipkan pesan kepada umum agar menghargai detik-detik berharga bersama insan tersayang selain tidak mensia-siakan mereka.

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Aku ingatkan dia sengaja tak hadir

Apabila sudah mengetahui kisah sebenar di sebalik slip SPM berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih di ruangan komen. Tidak ketinggalan, ada juga sahabat handai yang memuji kebaikan Allahyarham sewaktu hayatnya dahulu.

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Sumber : Twitter yeol

 

Tags: kanserkeputusanslipSPMtak hadir
Next Post
Result SPM Berderet Gred ‘Tidak Hadir’, Bila Tahu Kisah Sebenarnya Terus Sebak

Semua Flight Batal Sebab Koronavirus, Resah Hati Mengenangkan Jika Hilang Kerja

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)