Umum tahu, terdapat beberapa kluster tersebut yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kumulatif terkumpul pandemik COVID-19 di Malaysia, salah satunya adalah kluster tabligh Seri Petaling. Namun siapa sangka, di sebalik pelbagai pendangan kurang enak dilemparkan terhadap golongan ini, ternyata sikap disiplin serta rendah diri mereka cukup menyenangkan para petugas barisan hadapan.
BACA :Â “You Tak Kenal Siapa I..” – Kluster Kayangan Tunjuk Belang Lepas Ditegur Doktor
Sedihnya, tengok mereka ni semua baik-baik
Bertemu dan berpisah telah menjadi lumrah dalam kehidupan. Telah tular di media sosial, sebuah rakaman video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @IzwanHs memaparkan ucapan perpisahan penuh emosi daripada pelajar tahfiz dari kluster Tabligh.
Andai ada salah, kami mohon maaf
Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit itu, kesemua kumpulan tersebut memberi ucapan perpisahan serta diselitkan doa buat barisan-barisan frontliner sebagai balasan menjaga dan merawat mereka sepanjang tempoh kuarantin. Apa yang menyentuh hati ramai adalah bait-bait kata yang dilontarkan mereka telah memberi kesan mendalam sehingga gagal menahan air mata.
Walau kita saling tak mengenali tapi kasih sayang & layanan tak tumpah seperti ibu bapa kepada anak-anak. Kami sangat berterima kasih & hanya Allah SWT saja dapat membalas. Akhir kata dari kami, seandainya ada kesilapan kami mohon maafkan..
https://twitter.com/IzwanHs/status/1256055828877983744
Hati yang baik itu lebih bernilai dari wang & kekayaan..
Di kongsi sejak semalam, posting tersebut setakat ini meraih lebih 50 ribu tontonan selain dihujani reaksi positif daripada netizen. Rata-rata mereka mengakui sebak saat menonton rakaman tersebut dan tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat agar kesemua kluster tersebut terus tabah dalam menempuhi dugaan.
Sumber : Twitter IzwanHs