Umum mengetahui perihal rumah tangga seorang pelakon lelaki popular tanah air iaitu Hafiz Roshdi dan bekas isterinya Shuhada Shukri. Kes penceraian yang masih berlanjutan sehingga hari ini dilihat hebat mendapat liputan media tempatan sejak beberapa minggu lepas. Mana tidaknya, selain penceraian, isu keganasan rumah tangga juga turut dibangkitkan semasa proses pembicaraan.
BACA:Â Syaitan Pun Cuti, Ini Respons Sharnaaz Terhadap Kemelut Aaron Dan Syamsul
“Penyondol” Hantar Surat Saman
Tidak cukup dengan itu, masalah rumah tangga yang bermula dari dakwaan kewujudan pihak ketiga ini sekali lagi heboh apabila pihak tersebut yang digelar “penyondol” oleh netizen telah menghantar surat saman kepada Syuhada.
Menurut apa yang dikongsikan oleh Shuhada melalui akaun Instagram peribadinya, semalam (Jumaat 25 Mac), beliau telah dimaklumkan oleh peguam bahawa dirinya telah menerima sepucuk surat saman akibat perkongsian Instagramnya yang lalu iaitu sebuah ucapan terima kasih kerana menghancurkan hatinya dan anak-anaknya.
Gementar Tiada Pengalaman Mahkamah
Menerusi perkongsian yang dibuat hari ini (Sabtu 26 Mac), beliau menyuarakan rasa susah hati kerana belum pernah mempunyai pengalaman di Mahkamah. Bekas isteri Hafiz Roshdi itu juga turut meluahkan rasa gementar dengan jumlah tuntutan ganti rugi yang perlu dibayar jika kalah kelak.
Tiada Wang Simpanan
Menurutnya lagi, ujian yang tidak henti-henti menimpa dirinya itu telah membuatkan beliau kurang bersedia dari segi kewangan kerana ketiadaan wang simpanan. Ujarnya, sewaktu masih bergelar suri rumah dahulu, beliau tidak menyangka semua ini akan terjadi sambil meluahkan rasa kesal kerana tidak lebih bersedia menghadapi kemungkinan mendatang.
Kredit: Instagram shushukriii