Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar

25th February 2023
in Viral
Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar
800
SHARES
4.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Umum sedia maklum, kini peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlangsung dan jika dilihat sebenarnya banyak kita dapati luahan pelajar tingkatan lima berhubung soalan yang keluar berbeza daripada ramalan  mereka dan guru-guru. Begitulah juga yang dialami oleh pelajar ini, namun menjadi satu kesilapan buatnya bilamana, video luahannya tular di media sosial.

BACA: Student Overseas Selamat Pulang, Netizen Harap Pelajar Tempatan Tak Dilupakan

“Penat-penat aku baca, tak masuk pon…l***** lah…”

Di dalam hantaran berdurasi 36 saat yang dikongsi semula oleh pemilik akaun Twitter ‘nan manjoi8715’, menyaksikan seorang pelajar yang masih beruniform sekolah menyelar tindakan guru yang juga merupakan penggubal kertas peperiksaan subjek itu dengan menggunakan kata-kata kesat kerana soalan yang keluar berbeza dengan ramalan.

Hal itu menyebabkan dia berdepan kesukaran untuk menjawab kertas Sejarah pada hari itu kerana tidak sempat  mengulangkaji keseluruhan silibus pelajaran.

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1628949760672669697?t=TWdw_jtWcT-bI9nQa09Omg&s=19

Pelajar Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi

Walau bagaimanapun,  kedua-duanya telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform Tiktok berhubung isu yang tular sekaligus bagi menjernihkan semula keadaan dengan memaklumkan bahawa tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

Menurut lelaki berbaju t-shirt putih itu, luahan tersebut dibuat secara spontan dan tidak menyangka rakannya (baju merah) kemudian memuat naik video itu ke dalam media sosial sehingga mencetuskan pelbagai respon negatif dari kalangan warganet.

 

https://www.tiktok.com/@user66929373910/video/7203366096148253978

 

Steady dik…Awak berani terbaek

Susulan video tular, tak dinafikan ramai yang mengecam tindakan dua pelajar berkenaan namun, tak kurang juga yang memuji keberanian mereka membuat video permohonan maaf secara terbuka.

Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar

Dalam pada itu, warganet juga mendoakan agar kedua-duanya dimudahkan untuk menjawab peperiksaan selepas ini.

Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar

Malah, ada juga yang berharap agar mereka lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu bagi mengelakkan situasi sama berulang kerana tindakan sedemikian jelas sekali mampu memberi imej yang buruk kepada sekolah.

Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar

Dua Pelajar Ditahan Polis

Terbaharu, memetik sumber Harian Metro mendapati dua pelajar terbabit yang masing-masing berusia 18 tahun telah ditahan selepas seorang guru wanita berusia 53 tahun membuat laporan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor iaitu Superitendan Suffian Abdullah.

“Video itu memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” 

-Superitendan Suffian-

Telefon Bimbit Dirampas

Tambahnya lagi, pihaknya juga telah merampas  sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan yang dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

-Superitendan Suffian-

 

Kredit: Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)  Twitter nanmanjoi8715, Tiktok usertaktau,

 

 

Tags: gurupelajarsejarahsekolahSPM

Related Posts

Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Pelajar Mohon Maaf, Herdik Guru Sebab Soalan Ramalan Tak Keluar

“Macam Tak Ada Apa Berlaku” Netizen Pelik Hafidz Roshdi Komen Gambar Ex Wife

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)