Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar

3rd January 2023
in Berita Semasa, Viral
Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
670
SHARES
3.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bertanding dalam acara sukan ketika di bangku sekolah adalah satu bentuk pencapaian bagi pelajar. Namun, adat pertandingan semestinya ada menang dan ada yang kalah. Walaupun perasaan kekecewaan itu wajar namun itu bukanlah tiket untuk mengunakan kekerasan melepaskan perasaan tersebut.

BACA : Video Pemain Ditampar Viral Sampai Ke Coach International

Tular sebuah rakaman video seorang jurulatih menampar dua pemain dipercayai dari pasukan bola tampar ketika kejohanan yang berlangsung pada Disember tahun lalu di media sosial. Kejadian ini mendapat kecaman pelbagai pihak serta menarik perhatian pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar

Selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah mengeluarkan kenyataan media diikuti dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pasukan bola tampar tersebut tampil di laman sosial Twitter mempertahankan jurulatih mereka.

Kami sebagai pemain-pemain yang dilatih dan juga bermain untuk pasukan bawah 14 dan 16 tahun Melaka.

Beliau bukan gemuk dan botak yg korang boleh hina . Beliau coach kami yg mlatih kami drpd hatinya yg ikhlas Sehingga kami berjaya mencipta satu sejarah baru untuk negeri MELAKA. pic.twitter.com/731ZmMLHq8

— malacca volleyball club (@mastanahvc) January 2, 2023

Pasukan tersebut menegaskan jurulatih itu telah melatih mereka dengan baik sepanjang perkhidmatannya. Meskipun berasa kecewa, mereka bersikap optimistik bahawa tindakan jurulatih tersebut pada kejadian itu adalah untuk mendidik mereka menjadi pemain yang lebih baik.

Tiada hurt feeling daripada para pemain dan juga ibu bapa kami

Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
Oleh demikian, mereka memohon untuk semua pihak menghentikan segala kenyataan berkenaan kejadian ini. Pasukan itu berpendapat isu di dalam keluarga bola tampar mereka tidak perlu ada campur tangan dari netizen yang hanya orang luar. Walaubagaimanapun, perkembangan terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pagi tadi telah mengesahkan bahawa sebuah pertemuan bersama ibu bapa telah diadakan dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah pun melaksanakan sesi kaunseling terhadap dua pemain yang terlibat.

Apa-apa pun, tindakan jurulatih tersebut mengasari anak muridnya adalah sesuatu yang tidak wajar. Hentikan normalisasi mengasari pemain dengan alasan untuk meningkatkan prestasi mereka. Jika sudah terbiasa, keganasan rumah tangga pun kita akan cakap untuk mendidik.

Kredit : Mastanah Volleyball Club

Tags: bola tamparcoachjurulatihtamparvolleyball

Related Posts

Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar
Berita Semasa

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

5th May 2023
Next Post
Pasukan Bola Tampar Tampil Pertahankan Jurulatih, Netizen Hanya Orang Luar

Kembar Suka Main Tarik Rambut, Akhirnya Dua-dua Dibotakkan

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)