Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial apabila sepasang warga Rusia berkongsikan pengalaman mereka mendaki ke puncak Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan.
BACA: Ustaz Buat Live Masa Spotcheck, Pelajar Asrama Kena Kantoikan Dengan Viewers
Perkongsian Ivan Beerkus bersama pasangannya Angela Nikolau menimbulkan pelbagai persoalan, baik di kalangan netizen mahupun pihak berkuasa yang bingung bagaimana mereka berjaya menceroboh apatah lagi mendaki bangunan yang dikawal ketat itu.
Terdahulu, Ivan berkongsi di Instagram bahawa dia tidak dapat menjelaskan secara terperinci cara mereka mengelak dari ditangkap ketika menyelinap masuk ke bahagian paling atas mercu tanda negara Malaysia tersebut itu.
Namun baru-baru ini, Angela telah memuat naik posting di Twitter untuk menceritakan kronologi perjalanannya dalam mendaki puncak menara Merdeka 118.
1/ I fell in love with the Merdeka 118 Tower the moment I saw it. I felt an instant spiritual connection. Such a majestic building in the middle of an amazing city – I had to discover and share the views with others.
👇
— Angela Nikolau 🍌 (@AngelaNikolau_) January 4, 2023
Dalam ciapan bertarikh 4 Januari yang telah meraih hampir 500 ribu tontonan, Angela berkata dia merasakan tarikan spiritual dengan menara berkenaan sebaik melihatnya.
Jadi dia bertindak menyewa sebuah apartmen berhampiran untuk mengawasi dan mencari butiran penting tentang bangunan itu selama beberapa minggu, sebelum memutuskan untuk cuba mendaki ke puncak menara.
3/ Day X – I started the mission. I was wearing a hijab, glasses and a builder's uniform to look as unnoticeable as possible. I ran the first 32 floors and got overheated. I had to lie down on the concrete floor naked to cool down a little bit. I drank all the water I had.
— Angela Nikolau 🍌 (@AngelaNikolau_) January 4, 2023
Pada permulaan misinya, Angela memakai tudung dan pakaian seragam pekerja pembinaan untuk menyamar masuk ke dalam bangunan. Selepas mendaki 32 tingkat, badannya menjadi terlalu panas sehingga dia memutuskan untuk berbaring di lantai konkrit sambil tidak berbaju dan menghabiskan semua bekalan airnya.
Apabila mendapati bahawa kehadirannya telah disedari, Angela panik dan cuba mencari tempat untuk bersembunyi sebelum menemui sebuah kotak konkrit kecil. Kerana ruang yang terlampau sempit, Angela tidak dapat bergerak atau merenggangkan kakinya sehingga 20 jam.
5/ This is me 25 hours later. I had no food, no water and no sleep. I couldn't stretch my legs and my whole body was stiff and aching. I couln't even cry because the workers were right next to me and they could hear my sobs and hand me over to security. Worst time of my life
👇 pic.twitter.com/Bw75fwrQy6— Angela Nikolau 🍌 (@AngelaNikolau_) January 4, 2023
Akibat tidak dapat bergerak, tidur, makan atau minum selama 25 jam, badannya menjadi tidak selesa dan kaku. Namun dia menahan diri dari menangis kerana tidak ingin ditemui.
Angela akhirnya memutuskan untuk cuba bergerak 3 jam kemudian kerana takut dia akan menjadi terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan misi. Jadi, ketika pekerja pembinaan sedang berehat, dia berlari ke arah puncak menara.
7/ The spire itself was 53 floors high – and I was wearing a 15 kg backpack. If you look at the previous photo, you won't even see the bottom. I'm not sure I'd climb it if I knew how high it was. After I finished climbing, I did not feel my arms and could not lift them😅
👇
— Angela Nikolau 🍌 (@AngelaNikolau_) January 4, 2023
Sambil membawa beg galas seberat 1.5 kg, Angela mula mendaki puncak menara setinggi 53 tingkat dan mengakui mungkin tidak akan mendaki bangunan itu jika dia tahu ketinggian sebenar puncak menara tersebut.
Selepas selesai mendaki, Angela berkata dia tidak boleh rasa atau angkat tangannya kerana terlalu penat, tetapi mendapat semangatnya semula sebaik melihat pemandangan di atas puncak menara yang begitu menakjubkan.
Kata Angela juga, dia menghormati undang-undang negara dan walaupun dia sedar tindakannya itu adalah menceroboh, dia telah berhati-hati untuk tidak menyebabkan sebarang kerosakan kerana matlamatnya hanyalah untuk menghasilkan seni.
Di samping ada yang teruja dengan pengembaraan Angela yang penuh mencabar itu, ramai juga yang panas hati dengan sikap selamba wanita Rusia tersebut menceritakan jenayahnya dengan bangga di media sosial.
“Sanggup msuk pakai hijab supya org tak kenal…”
“Aku makin marah lepas baca…”
Sumber: Twitter Angela Nikolau