Kalau bercakap tentang kerjaya seorang jururawat khususnya yang bekerja di bahagian bilik bersalin, mungkin sesetengah ibu di luar sana mempunyai pengalaman masing-masing. Sekiranya menjengah ke ruangan media sosial, kisah kurang enak tentang golongan ‘misi’ ini sewaktu menyambut kelahiran bukan lagi perkara mengejutkan. Namun begitu, seorang pegawai perubatan bernama Dr. Muhammad Izzat tampil mempertahankan sikap mereka yang mungkin kelihatan agak kasar ketika bertugas.
BACA : Ramai Dah Tawar Hati-Bekas Doktor Ini Dedah Realiti Gelap Dunia Perubatan
Tangan mereka adalah rahmat yang menyambut khalifah
Bagi doktor ini sendiri, dia menyedari tentang stigma masyarakat yang gemar menyifatkan sesetengah jururawat di bilik bersalin mempunyai sikap ‘dingin’. Namun sebenarnya, perbuatan berkenaan adalah sejajar dengan situasi bekerja mereka yang penuh dengan tekanan. Seperti yang kita tahu, detik melahirkan adalah cukup mencemaskan dan terdapat pelbagai perkara tidak terjangka boleh berlaku sekelip mata. Sebab itu jugalah Dr Izzat menyifatkan tangan mereka sebagai ‘tangan rahmat’ serta ‘tangan suci’ yang menyambut kelahiran anak kita semua ke dunia ini.
Bersusah-payah settlekan najis
Tidak kira seteruk manapun layanan diberikan oleh golongan nurse ini sewaktu bertugas, mereka jugalah insan yang ikhlas berkhidmat dan memastikan kelahiran berjalan lancar. Walaupun sering dihentam oleh kelompok masyarakat, namun mereka sendiri tidak pernah membalas apalagi mahu merungut tentang rutin seharian memenatkan itu. Sebab itulah pegawai perubatan ini menyeru agar orang ramai tidak melemparkan herdikan meskipun merasa sangat marah dengan sikap sesetengah nurse tersebut.
Sumber : Facebook Dr. Muhammad Izzat