Dek kerana anak masing-masing sudah besar, datuk dan nenek pasti mencurahkan kasih sayang yang lebih kepada cucu mereka. Bukan sahaja dimanjakan, malahan ada yang sanggup berjalan jauh demi bersua muka dengan buah hati mereka itu. Namun hajat sepasang datuk dan nenek ini yang mahu melawat cucu mereka akhirnya bertukar menjadi tragedi menghibakan. Kisah itu didedahkan oleh seorang bekas peguam yang sering berkongsikan pelbagai kisah jenayah di Twitternya.
BACA : Sedih Hidup Single Ni-Lelaki Ini Nekad Beli Kek Birthday Buat Diri Sendiri
Cuba berikan bantuan pernafasan tapi tidak berjaya
Apabila tiba di rumah anak mereka, si nenek mula merasa hairan kerana cucu kesayangannya dikatakan hilang di sebuah pusat peranginan. Tatkala mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, suasana bertambah curiga kerana anak lelakinya tidak membenarkan tindakan tersebut dilakukan. Setelah dipaksa berterus terang, barulah anak perempuan mereka membuka ‘rahsia’ sebenar yang ternyata begitu memeranjatkan sekali.
Keterangan isteri dikatakan agak mencurigakan
Siapa menyangka kanak-kanak perempuan yang awalnya dikatakan hilang rupanya telah pergi buat selamanya di tangan ayahnya sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ibu bapanya nekad membawa jasad tidak berdosa itu ke semak untuk ditanam. Tidak cukup dengan itu, si isteri terpaksa mengikut suruhan suami untuk membuat sebuah laporan palsu kepada pihak berkuasa.
Si isteri tidak bersalah dalam hal ini
Walaupun sudah melalui perbicaraan, si ayah akhirnya terlepas daripada dikenakan hukuman berat. Kata Sir Kamarul yang sekarang bergelar pensyarah dalam bidang perundangan ini lagi, dia mendedahkan bahawa punca dan cara sebenar bagaimana kanak-kanak tersebut kehilangan nyawa masih menjadi tanda tanya sehingga kini.
Sumber : Twitter Sir Kamarul